::LabeLS::

Tuesday, November 02, 2010

::LagenDA sERibU keKAsIH:: by Diya Elora

Rasanya novel ni buku cerita lama sbb kertas dia dah kunen2 dah pon...agagagga!! yang lagik best aku try carik muka depan dia kat p.cik google n m.cik yahoo tak adalah pulak...adess!! apakah??? haisshh~~ xpelah nak buat macam mana kalau dh xdew.... ti aku try lagik mana tau la kan tetiba tjmpa....hurmmm...

Cerita dia perghhh membawa aku ke zaman purba kala jap...hahahha masa tuh zaman nenek tok aku tengah bcinta lah kot gayanya xpon zaman arwah tan sri p.ramlie mau pikat allayarhamah saloma...ngeee~~ penink seketika aku baca isi kandungan surat dalam tu, kalau nk kira citer dia xdelah zaman purba kala sangat dh ok dh cuma aku tak tahan tang surat tuh....haisshhh~~ mau aku taipkan kew?? aku tengah rajin tahap xhengat neyh.....
Antara baris2 ayat dalam surat yang dikirimkan oleh Hero kepada Heroin (walaupun aku sbnrnya tatau mana satu hero dlm citer neyh ngee~~) aku taip serangkap jelah yea.... kang nk byk2 p beli sendirik~~

Adikku Sofea...
Yang demikian, kita harus menghalalkan suara-suara ghaib yang cuba memadam rasa kasih diatas kejemuan hati yang terlalu lama menanggung rindu untuk bersua. Juga kita wajib merelakan apa jua yang bakal berlaku pada pertemuan pertama itu nanti dan akhirnya adikku, kita harus sama-sama bertanggungjawab kiranya salah seorang daripada kita tidak akan dapat berkata-kata pada pertemuan pertama kita kerana terlalu kelu, sedang beribu kata yang telah disusun, yang sekian lama tersimpan tidak dapat diucapkan kerana akur pada perjanjian yang mengatasi keinginan.

Adess~~cenggitulah ayatnya...urmm banyak lagi tapi malas la aku mau taip...jap2 alih kat skrin jap2 alih kat buku...ponink kepala den! hak3 aku terasa mcm bangsawan lak...aduyai... pape pon citer dia ni oklah... nak kata bes sangat pon tidak teruk sangat pon tidak... jalan citer ok dan endingnya ok cuma kalau selama2nya dia bsama hero (firdaus) aku rasa lebih suka... biarkan kenangan itu abadi selamanya. Tpaksa mention nama hero sbb banyak sangat hero dalam citer neyh!

Untuk itu, aku kasik 65% dan 2 bintang tok cerita ini.


-----------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Cinta Sofea adalah suci, dia rela berkahwin dengan Firdaus walau tidak pernah kenal dengan lelaki itu, mahupun suaranya tidak pernah menyapa ke pendengaran Sofea. Namun, takdir Tuhan Maha Berkuasa, panas tidam berpanjangan. Pada hari yang dijanjikan untuk bertemu suaminya, dia diketemukan dengan sekujur tubuh yang telah kaku dan bisu. Sofea sanggup menipu diri sendiri dan rela apabila dikatakan gila kerana bertanggapan Firdaus masih bernafas di maya ini. Surat-surat cinta Firdaus menjadi api membakar lilin semangat Sofea untuk terus hidup bertemankan bayang Firdaus.



Wednesday, October 27, 2010

::ROmeO Vs JuLieT:: by Nass Alina Noah

YESSS!! akhirnya aku berjaya beli novel2 penulis kegemaran aku neyh.... yg suka buat cerita diluar jangkaan.... dan aku jugak dh berjaya abeskan membacanya, tertahan2 aku utk habiskannya sbb aku baca waktu dlm tren aja, so xdelah busan dan buang masa.... itu sbb aku tpaksa sabarkan diri aku tok tau kesudahannya, walaupun aku rasa macam nk terus baca page las dia....hahahahha!!


Akhirnya tak sia2 aku tahankan diri....citer dia memang bes! walaupun aku agak sakit aty kat hero n heroin dia tuh! asik nk gaduh tak hengat donia! haisshhhh~~ Nass Alina sangat suka buat cerita tentang pasangan ego... tp alhamdulillah bes2 hik3... aku suka endingnya dan aku suka watak Romeo....OMG! sungguh hensem (yg aku bayangkan lah), romantik (kadang2) dan wajahnya sentiasa tenang.... i luv it!
Memang tak rugi lah beli citer dia neyh... coz sama besnya dgn citer2 sebelum ni (Takkan Berhenti Mencintaimu dan Selamat Pengantin Baru Isteriku)


Aku sangat suka percintaan mereka, sama2 pendam perasaan tp sbnrnya sangat tidak tertahan2 cuma keganasan tuh aku kurang suka.... percintaan mereka ni mengingatkan aku pada sebuah filem jepun HanaYori Dango... sama2 ego dlm luahkan perasaan. Dan nama2 watak nyer sangat lawak! aku rasa penulis xmau susah2 pk panjang dan menyenangkan utk diingati....Meow2, Jaywai....adesss tp keseluruhan bes, thumb sup to Nass Alina Noah~~


Aku bagi 4 bintang dengan peratusan 89%.... hehehehehe coz aku mang suka citer2 yg tak masuk diakal neyh dan jugak aku suka cara dia garapkan watak lelaki romantik itu, sempurna! bukan senang seorang ppuan nk garapkan watak seorang lelaki sehingga membuat jantung pembacanya bgetar, dan kalau dia buat kisah romantik kadang2 kita rasa sgt2 bahgia dan jiwa bgetar sbb romantik dia kadang2 jerk, tu yg buat penulisannya tak bowink! So, bacalah!


--------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: rasanya tak perlu aku tulis sbb aku dh sertakan sinopsis dgn gambarnya....


Saturday, October 16, 2010

:: Yun SunmIEy NataLie:: by Ruhani Mat Dani

Sebuah buku lama, tajaan syarikat fajar kalau tak salah... novel ni aku no comment~~ boleh cenggitu?? sebab aku tak ada apa nak komen coz aku tak minat. Jalan citernya ok cuma aku tak suka ending dia.... dan... entahhlah sukar tok aku nyatakan (cewah2 kunun!) tp truely this novel mang tak kena dengan jiwa aku... korang nak tau silalah baca sendiri.


Aku bagi 2 bintang dengan 42% untuk jalan ceritanya. Sorry~~



-------------------------------------------------------------- 

sinopsis:: Dari blok Seruling, Rebana, Kompang, Gendang, dan Kecapi semuanya kenal dengan budak perempuan tu! Sesak nafas nak sebut nama dia! Timun kata kalah wajah Siti Nurhaliza! Mempelam pulak kata klon Miss Universe! Pisang tu aje belum kata apa-apa.



_

Wednesday, August 25, 2010

:: aD+iZ:: by Eury Athena

AD = Adrianna Mayesa
IZ = Tengku Farriel Izumi 


AD + IZ akhirnya menjadi satu novel gabungan dua nama panggilan yang dipadankan... sebelum baca tuh aku egat ni gabungan DNA kromosom terbaru ke hapa GenX dan GenY rupanya gabungan dua nama panggilan... buleh cenggitu? aku dah habiskan sesi pembacaan dengan jayanya semalam... alhamdulillah akhirnya setelah aku bertungkus lumus tok menghabiskannya.


bagi aku AD + IZ...bolehlah tahan hasil penulisannya bagi seorang penulis baru sbb pada pandangan aku penulis ni banyak terpengaruh kepada penulisan Hlovate...cara dia mengolah ayat kadang2 sejibik lah. Keseluruhannya bolehla tahan... cerita biasa iaitu mengenai perkahwinan kontrak dan akhirnya jatuh cinta then disebabkan darjat terpisah...pastu happy ending... itulah sebab aku kata boleh tahan sbb aku kata cerita dh biasa... pape pon tahniahla kepada penulis sbb berjaya menyiapkan dan publishkan novel dia ni, aku tahu bukan senang nak tulis novel...sangat2 susah nak buat semua orang berpuas hati... so keep up the good work!!


aku bagi markah 70 % bersamaan 2 1/2 bintang untuk novel ni.... cayalah!




---------------------------------------------------------------------------------------------




sinopsis::  Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.





Wednesday, August 11, 2010

:: 5 TahUn 5 BulAn:: by Hlovate

Bagi aku novel ni bolehlah dikategorikan dalam bes jugak... cerita dia memang klaka... tapi sayang klaka tu sentiasa diulang-ulang sampai akhirnya dah bosan dengan lawak yang sama... tp citer dia masih lagi best! aku suka penceritaan dia yang membuatkan aku rasa geram gilos kat Johanna dan Afiq tu sebab suka sungguh main tarik-tarik tali, masing-masing tak nak ngaku diri dah dilamun cinta. Hurmm kalau dah suka gitau aja, nanti disambar orang lain apa cerita?? Dan aku rasa citer ni sebernarnya dicampur adukkan dengan pengalaman penulis yang belajar di luar negara... sebab penceritaan dia memang lengkap dan dia tahu segala-galanya... meluas betul pengetahuan dia...tahniah!! apapun aku suka pencintaan Johanna dan Afiq dan aku paling suka attitude Yaya! Bes giler lau ada kawan cenggitu.... 


Aku bagi 84% dengan 3 bintang bersamaan ranking bes...thumbs up!! hik3... aku nak try baca novel2 yang lain pulak dari penulis ni.




---------------------------------------------------------------------------------


sinopsis::  Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu... 
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey. 
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya.... 

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal. 

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana. 

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along? 
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too. 
Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani












Thursday, August 05, 2010

::biARLah YM berBIcaRa:: by Hanni Ramsul

First baca cerita ni pd bab awal nya aku dah rasa bes sangat! kelakar dan aku suka watak hero yang digarap, Encik Firdaus. Fuhh! Memang romantik habis la... kalaulah dalam alam nyata ni semua orang seromantik dan sebaik itu, aman giler bumi malaysia ni aku rasa... xdew gaduh2 pakwe makwe, cerai berai suami isteri... namun aku tahu ada jea manusia macam En. Firdaus tu cuma kurang, mungkin 1 orang dari 10 orang rakyat mesia ni.

Dari awal aku memang sudah teruja untuk membaca, tak seperti hasil tulisan penulis-penulis lain dimana pada permulaan cerita agak memboringkan, bila dah sampai tengah2 tu baru bes tapi Hanni Ramsul berjaya membuat kelainan tuk pastikan aku terus melekat dan teruja tuk baca citer dia. Aku suka pada setiap detik yang digarap dalam novel ini. Terlalu suka! Cuma sayang, watak heroin Adiya Fatiha (aku sgt suka bila dia gunakan nama Tiya ^_^) terlalu lalulah egonya dan macam pentingkan diri sendiri pulak, dia suka buat suatu konklusi dengan melulu tapi overall citer dia mmg bes, tak de benda lain dah yang dapat aku bagitahu hahahaha....tak terluah dek kata-kata.

Satu lagi, sayangnya citer ni aku dah dapat mengagak dari awal pembacaan tentang siapakah Charming, kerana dari bab awal aku sudah dapat menjangka manusia yang bernama Charming itu dan memang benar. Watak Kamal aku memang menyampah giler! walau dia baik tapi dia menganggu gugat cinta org...

Aku boleh bg 87% bersama 3 1/2 bintang untuk cerita yang bes dan klaka ni.
I LOVE IT! cayalah~~


------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis::
Abang Kamal…

Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…


Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…


Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

 
 
 

Thursday, July 29, 2010

::maHLigAi dI uFuK deJa'Vu:: by Farahnina Zulfar

komentar aku...
cerita ni memang bes! walau pada mulanya agak slow tp bila dah sampai bab Juliana menerima cinta dalam hidupnya tu bermulalah juga konflik dalam hidupnya. Aku paling suka bila dah baca sampai pertengahan bab, konflik hidup dia semakin hebat sehingga dia berkahwin dengan Danny pon hidupnya selalu diduga... memang aku kesian sangat kat dia dan akhirnya aku memahami bagaimana seorang itu boleh jadi gila dan apa yang mereka fikir... aku dah belajar dari novel ni... terima kasih pada farahnina.


watak2 yang digarapkan dalam novel ni sangat bagus smpai aku rasa simpati pada Juliana dan benci yang teramat pada watak sherina, farhana dan emak Danny...hidup Julia merana kerana mereka dan aku memang tak boleh terima watak Danny yang bodoh sangat2 tu... langsung tidak bersyukur dengan kehadiran Julia dalam hidupnya...yang dia tahu dengar setiap fitnah mak n adiknya...laki tak ada otak! macam mana seorang ibu sanggup buat begitu pada anaknya? sanggup untuk menolak kebahagiaan anaknya? aku betul-betul tidak faham... dan akhirnya bila sudah terjadi perkara yang tidak terduga tu barulah Danny tu nak berbaik-baik dengan isterinya,berterus terang dan mengaku cinta... bodoh sungguh!


aku beri 82% dan 3 bintang untuk cerita ni, ranking best boleh diberikan thumbs up!
so korang bolehlah cekitouz this novel cuma aku tak pasti novel ni masih dikeluarkan atau tidak sebab cerita dia dah lama aku rasa kerana buku yang aku beli ni pun second hand dan kertas dia dah kekuningan dah pon... hahhahhaha!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Cinta tidak pernah diundang, sekali datang ia mengamit rindu yang bertandang. Rasa yang sukar diungkap. Indah dipandang tapi sukar dipegang. Mahu saja dia lari tapi lembutnya memikat. Sabarnya selaut. Cinta dan sayang yang melimpah kadangkala melemaskan amat sukar untuk direnangi. Cemburu memaniskan cinta, tapi ia juga racun berbisa. Dimanakah nilai cinta seorang lelaki, kalau dia terpaksa menanggung derita, duka dan aib.
Alangkah senang memohon kemaafan, setelah sekeping hati dan keercayaan dihancurkan, rindu bertukar benci yang tidak bertepi. Malah kadangkala menjadi dendam yang membara.





:: prIncE cHaRmiNg:: by Ratu Bulan

Aku baru jea habiskan pembacaan novel ni semalam...akhirnya tamat jugak pembacaan aku itu (saja aku bc lambat2 sbb dalam tren aku tak tahu nak buat apa, jadik novel adalah peneman terbaik aku buat masa ini)
Dan sekarang kerja aku adalah untuk mengkomen (hurmmm... mcm la aku ni terrer sgt...ahahaha)

Bagi aku citer ni bolehlah dikatakan agak best atau dengan erti kata lain, boleh tahan la... sebab penceritaan dia bersahaja dan klaka jugak (aku tahu bukan senang nak buat lawak dgn penulisan)

Tapi, tak adalah sebest giler seperti yang digembar gemburkan oleh peminat-peminat novel yang lain, bg aku novel ni biasa-biasa aja... jalan cerita menarik cuma aku kurang suka.
mungkin kerana aku tak menghayati watak Nazrul dari awal lagik sebab aku sedikit pon tak menjangka yang dia adalah hero sebenarnya... jadi aku cuma pk hero yang hensem2 macam watak Fiq dan Rezza...(biasa lah mana-mana pun atau siapa-siapa pon akan memilih watak hensem sebagai hero mereka)... jadi aku agak terkilan bila bukan mereka yang menjadi pilihan Nurul.

Aku boleh bagi 70% markah untuk novel ni kerana terbahagi kepada dua iaitu pertama sebab dia klaka dan bersahaja... dan sebab kedua cerita-cerita, plot atau klimaks yang ditimbulkan dalam citer ni aku dah boleh jangka, macam Nazrul dan Nazrin, siapa yang buat carta Prince Charming tu dan bila baru saja sampai pertengahan cerita aku dah boleh agak macam mana endingnya dan siapa heronya.
Dan aku bagi 2 1/2 bintang...

papepon untuk peminat novel yang ingin hiburan ringan aku sarankan baca novel ni sebab tak terlalu kompleks dan mudah untuk difahami.
hope penulisan Ratu Bulan selepas ini lagi bagus dan bes, akan ku nantikan novel seterusnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming."Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?







pssssttt~~
yang aku angankan:: Liyana Jasmay as Nurul Izzati
                               Shahrul (Ali KAMI) as Fiq
                                                 as Rezza
                               Nas-T as Nazrul/Nazrin
                                                  as Sofea

Tuesday, July 27, 2010

::LageNDa bUdaK SetAn:: by Ahadiat Akashah

inilah novel pes yang menjadi hak milik aku sendiri... kakak aku belikan tok aku sempena harijadi aku, tak salah masa tu aku berada ditingkatan 3... ntahla aku pon da lupa dah... terlalu lama bnda ni berlaku.
Dan tak sia-sia kakak aku hadiahkan novel setebal ini sbb jalan citer dia memang mantopp sangat... byk konflik yang melanda smpai aku dah berapa kali menangis baca citer ni bila tiba tang klimaks nya (aku dgn tidak malunya mengaku hak3) walaupun diulang baca aku tetap nangis, maybe sebab aku terlalu menghayati watak2 dalam novel ni... dan aku jugak yakin semua remaja2 mudess belia kat luar sana sudah tentu pernah baca novel ni kan... sejak dari novel ni jugaklah hati aku dah melekat nak baca setiap hasil tulisan ahadiat dan jadi die hard fan dia... selain buat citer gila2 merapu dan meraban tu aku memang betul2 tak sangka ahadiat mampu buat citer sebaik ini.

sesiapa yang sudah baca tu apa pulak komen korang dan sesiapa yang masih belum dapat baca novel ni, luangkanlah masa korang tu untuk baca novel lagenda budak setan ni, tak sia-sia punya... hehehhehe... aku dengar ada sambungan citer dia KATERINA kan?? tapi sorry to say...aku mang xhingin langsung beli sambungan dia ni sebab aku tak suka that gurl name katerina... dan pd masa yg sama aku ada terbaca ritu lepas katerina masih lagik ada sambungan...hurmmm yang tu aku kena chekitouz la...sbb bnda tak pasti

dan aku ada dengar citer ni dah difilemkan dan dah pecah panggung pon... tp aku pd mulanya macam tak berminat untuk tengok citer filem dia ni sebabnya aku memang tak minat sangat pelakon yang dia amek tu (pada peminat2 lisa surihani, raja farah n fazura... aku mintak maap byk2 la sbb aku xmang tak minat dorang n xboleh nk jaga aty korang dgn kata aku minat dorang ni)... tp mengenangkan farid kamil yang jadik hero aku da jadik serba salah sikit, sebab aku agak minat la kat mamat ni walaupun tak delah sampai jadik die hard fan dia coz aku tak minat gila kat dia cuma aku suka lakonan dia, mmg terbekas la kat aty... walau apapun AHADIAT,KEEP UP THE GOOD WORK! aku harap sangat dia menulis semula dan tulis novel macam2 ni (sbb byk jugak novel dia yg merapu meraban tu hak3)...

LAGENDA BUDAK SETAN is THE BEST!!



---------------------------------------------------------------------------------------------


sinopsis::  Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?





pssstttt~~
pelakon: (UPDATE LATER)

Monday, July 26, 2010

::seLamaT penGAntIn BarU istERikU:: by Nass Alina Noah

Neyh satu lagi hasil nukilan Nass Alina Noah yang aku suka jugak... pada permulaan citer tu memang agak bowink...boleh dikatakan bowink giler r... hak3 sebab macam tak tercapai di akal ku gitu... yelah dia kan suka buat citer pelik2... then part mula dah start best bila dia jadik anak angkat satu keluarga ni (keluarga Addam)... walau citer dia kureng masuk akal (sbb cara dia treat adik angkat dia tu mcm xlogik smpai ikat kat pokok semalam la) tp aku sudah boleh menerima sikit demi sikit sehinggalah terbitnya perasaan cinta antara Qisti dan Addam... tang situ mang da mula bes...aku pon makin teruja membaca... so lastly bolehla dikatakan ending dia boleh tahan sblm ending yg ptama tu aku mang xleh timer...aahhahaha... n keseluruhan citer dia pon leh tahan... aku bg 3 bintang....
citer ni aku bolehla sarankan kat korang tok baca tp harap bersabar sebab depan dia agak membosankan, aku tahu memang susah nak buat permulaan citer sbb aku juga sedang cuba mengarang skrg... bila da tengah tu bes sangat... xsia-sia aku habiskan duit untuk novel yang tebal melebihi kamus dewan bahasa dan pustaka mahupun oxford itu hahahahha!!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.
Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?



Monday, May 03, 2010

::taKKan BerHEnTI MencIntaImU:: by Nass Alina Noah

Hurmmm....tajok xhagak2....miahahhaha...sebenarnya neyh bukan kisah jiwang hako tau.... neyh kisah sebuah novel yang da lama hako habiskan pembacaan nyer tapi bau rajin hako nak tulis rini...cam biasalah hako neyh kan memang pemalas nak menaip....macam la korang tak tau...miahahahha...
sebenarnya hako nak bagitahu cerita neyh mula2 hako baca cam bowink sikitla tapi bila part dia dah berjumpa dengan hero tuh cerita terus carta dia melonjak paling bes jadiknyer, akhirnya hako dapati cerita neyh lain daripada yang lain...bermula dari dia berjumpa dengan hero dia sampaila dia neyh bermati-matian mempertahankan chentanya tuh (sedangkan hero tuh buat tatau jerk....) dan akhirnya hepi ending...hako boleh beri dia 90 markah...sebab cerita dia memang bes sangat dan yang lain dari yang lain, xsia-sia hako beli novel yang tebal neyh dengan harga yang mahal lah jugak....

hako mang suka cara penulisan dia yang memeningkan kepala hako neyh... hahahhaha bila dah baca 2 kali baru hako paham apa sebenar maksud cerita dier... biasaklah pes baca cam teruja lebih jadik baca pon laju2 xmendalami watak n citer....
Hako sarankan korang lau nak baca try search Takkan Berhenti Mencintaimu tuh... sebab bagi hako (bagi hakolah) cerita dia bes, memandangkan hako neyh pon kaki novel... peminat novel num 1! dan yang pasti hako xsuka pinjam novel orang...aku lebih suka beli sendirik xkiralah citer tuh camne, hampeh ke bes giler ke mewgong ke.....hako suka buat koleksi tersendiri.


-----------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain. Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa? Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya… Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu manjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…





psssttt~~
pelakon:: Diana Danielle as Chaira/Cleopatra
              Gambit Saifullah as Carlos/Benjy
               ?  as Tengku Nazarell
              (Ti aku updatekan semula xegat saper agy ada lam citer tu)

::MeReKA yANg MenGikuTi::