::LabeLS::

Monday, December 29, 2014

:: SECRET GARDEN _ 2010 ::

Annyonghaseoyo!
Pepandai sendirikla eja tu kahkahkah!
-_-

Assalamualaikum...
Dah lama tengok baru teringat nak review
sebab banyak sangat cerita dah tengok sampai terlupa
ni pon rasa cam banyakkk je lagi tak review...

SECRET GARDEN

genre: romantik, komedi, fantasi, aksi
episode: 20

blingggg..!! mata bersinar-sinar nak review!
heeee...
sebab cerita ni besh sangat sangat sangat 1000x
pastuh minat pulak kat hero and heroin
rasa cam dorang ni ada kimia, sesuai jadi pakwe makwe realiti
tapi lagi sesuai kalau Hyun Bin jadi pakwe gua...
kahkahkah.... dah kau kenapa? semua orang kau nak....
seriously tangkap cintan dengan hyun bin oppa! auwww
pehal romantik sangat nih?

romantik masa nak sit up.. pehtu nanti bangun tenung Ra-Im
gelabah tau.. terasa diri ada kat tempat Ra-Im... 
*hikhikhik - gelak tutup mulut sambil duduk bersimpuh*



pehtu pehtu pehtu...
masa kena tidur satu rumah, Hyun Bin dok depan mata sambil pandang Ji-Won lama-lama
mak aii melting betul tengok renungan abam... rasa nak pitam!



okeyyy okeyyy nak review... nak review... kang sewel jugak kalau diteruskan ni

cerita pasal Gil Ra-Im (Ha Ji-Won) yang dah kematian kedua orang tuanya dan 
dia tinggal satu rumah dengan rakan baiknya Im Ah-Young (Yoo In-Na)
disebabkan tuntutan hidup dan hidup sebatang kara, 
Ra-Im memilih untuk menjadi seorang stuntwoman.. dia sanggup lakukan aksi apa saja untuk menyara hidupnya dan Ah-Young bekerja disebuah pasaraya milik orang kaya muda yang berlagak nak matikk!


Kim Joo-Won (Hyun Bin) seorang ahli perniagaan muda yang berjaya, kacak, sombong, berlagak, annoying dan suka memperlekehkan orang
dan ada masalah dengan tempat yang tertutup
dia fobia dengan tempat sempit dan tertutup atas sebab2 kemalangan yang dia hadapi masa dia kecik-kecik dulu, tapi dia hilang ingatan dan family dia pon tak nak bagitahu



satu hari tu dia bertemu dengan Ra-Im masa Ra-Im tengah berlakon jadik stuntwoman
dan dari situ dia terpikat dengan perwatakan Ra-Im
dia cuba la dekati Ra-Im ni tapi menyesal sangat dan tak dapat terima kenyataan
bila dia tau Ra-Im ni miskin gila dan tinggal di kawasan perumahan buruk
so dia memang kecewa la jadi dia terus tak nak kat Ra-Im dan cuba buang Ra-Im dari hidup dia tapi malangnya setiap hari dia mesti nampak Ra-Im 
kat mana-mana dia ada dia akan terbayangkan Ra-Im sampai macam orang gila dah
pastu mula la dia baca sajak dia 
comel gila oppa!!


macam mana pon dia ni dokla kacau Ra-Im sebab dia suka cuma tak leh terima kenyataan
sampai la satu masa mereka ni terhilang masa camp lepas tu masing masing bertukar roh
bila sama-sama minum air yang diberikan oleh penghuni Secret Garden dalam hutan tu

memang lawak la masa Joo-Won seorang lelaki berlagak kena menggeletis jadi perempuan
dengan lembut2 nyer, dengan tempik2nya... hahaha rasa nak sepak je 
comel gila bila tengok lesung pipit dia masa dia malu2
Ra-Im takde efek sangat bila jadi lelaki sebab dia memang kasar pon dalam cerita ni

tapi roh mereka tak kekal selamanya, dorang akan bertukar balik bila hujan turun
setiap kali hujan setiap kali tu mereka akan bertukar kalau terkena

ada yang kata cerita dia ni boring pada pertengahan
tapi bagi aku satu pon tak membuatkan aku bosan, 
setiap saat buat hati aku bunga bunga je.. kadang sengih sorang sorang
kadang terasa... alahaiii kenapalah bukan aku jadi Ha Ji-Won aka Gil Ra-Im ni
kang kapel betul2 dengan Hyun Bin oppa kang :p

tapi paling sakit hati bila tiba cerita mak Joo-Won ni
tengok muka pon dah menyampah apatah lagi nak layan perangai dia
paling sedih Joo-Won ni ikut cakap mak dia sampai dia kata kecewakan hati Ra-Im
dia bagitahu yang dia main-main je dengan Ra-Im ni
perghhh menyirap darah, rasa nak bangun pastu terus blah pastu terus tak muncul2
biar oppa gila sensorang... boleh?

tapi akhir cerita dia sedih sangat sangat
menangis nengok... sama-sama menangis dengan oppa
sehati sejiwa sangatkan? teheeee
bila Ra-Im kemalangan, cerita mula jadi klimaks berbukit-bukit
sakit hati + sedih 


nak tau kesudahan episode? mohon tengok... memang besh gilak
ingatkan dah takde cerita besh selain he's beautiful
ADA!! sama2 bersaing... sama2 hebat!!



Tuesday, December 16, 2014

:: MARRY ME MARY _ 2010 ::

Yuhuuuuuu!!!!

Assalamualaikummm.....

Jawab sayang, tak jawab dosa....
Ewahhhh tetiba feeling Maria Elena... hiksss
Lamaaaa beteiii tak tengok Vblog dia.. dia pon dah lama tak update khensss


Okeh! now nak review cerita kakak kesayangan dengan pakwe hati dengan scandal ehhhh....
banyak bebenooorr!


MARRY ME MARY aka MARY STAYED OUT ALL NIGHT


Genre: Romantik, Komedi

Episode: 16

Memula takmo tengok tau cerita ni, tahan jugak nakmo tengok walau kekasih hati yang berlakon..

sebab tengok perempuan dia... pehal ke pelik benorrrr???
dengan rambut kembang macam sarang tebuan! langsung tak terurus... menyampahh!!

ehhhh sekali lama tu dapat tau... rupanya dia kakak kesayangan

ehhhh kenapa tak cam ni... kenapa? kenapa??????
grrrrr
terus la laju2 tengok online. wajib la... dah la heroin tu kakak kesayangan
hero pulak pakwe sendiri lepas tu terpaut hati pulak kat second hero... oh myyyy!!!!!
terus buat jadi scandal, macam haper jek perangai. muahaahha!
tapi seriyes tak berkenan langsung tengok kakak dalam cerita ni... rasa nak tampa laju2
rambut dia tuuuu... faileeddd!!!

moon geun young

sangat berbeza watak yang dia bawak... berbeza dari Cinderella Sister...
dalam ni dia jadi periang, banyak cakap, menyusahkan orang... 
and kurenggg cantik dari dalam cinderella
macam tak caya bila tengok balik cinderella sister tu dia yang berlakon

okey... cerita ni mengenai seorang gadis yang bernama Wi Mae-Ri (Moon Geun Young) 

tapi orang panggil dia mary.. dia ni dah kehilangan ibu dia dari kecik lagi
and dia tinggal dengan ayah dia.
bila dah besar dia dok sensorang memandangkan ayah dia ni kena larikan diri 
ke merata-rata tempat sebab banyak berhutang
so mary ni pon kena la cari kerja sana sini untuk dapatkan duit tampung hidup sendiri



satu hari tu dia keluar dengan kenkawan dia and berlakunya insiden dia terlanggar si hero

pakwe kesayangan gua jang keun suk 
takut pemuda ni peras ugut dia, dia cuba cari pemuda ni sampai dapat
bermula dari situ la dia selalu je bersama dengan Kang Mu-Gyul (Jang Keun Suk)



kendian, tetiba je ayah Mary berjumpa dengan kawan lama dia yang baru balik dari Jepun
dan disebabkan kisah lampau mereka, kawan ayah Mary ni nak jodohkan 
anak dia dengan Mary.
Anak dia ni pulak jenis malas nak bercampur dengan orang. macam berlagak pon ada jugak
tapi baik dan bertimbang rasa dengan pekerja nya.
tapi aku rasa anak dia ni Byung Jun-In (Kim Jae-Wok) ni sukakan si actress tu memula
sebab nampak dari cara dia macam dia in love dengan Seo-Joon (Kim Hyo-Jin)
eeiiiyyy tak suka tak suka...
seriously gua tak suka Seo-Joon tu... jahat gila... 
rasa nak tampa-tampa muka dia kalau ada depan mata
dahla gua minat Jung-In dalam cerita ni... amboihhhhhh

tapi Jung-In ni terima jugak Mary atas sebab urusan perniagaan antara dia dengan ayah dia
dalam pada masa yang sama Seo-Joon ni pon masih menagih cinta lama
dengan bekas kekasih dia Mu-Gyul
tetiap hari nak jumpa, tetiap hari nak bersama... tetiap hari menggediks
eiii benci!!!





lama-kelamaan si Jung-In ni jatuh cinta betui2 dengan Mary
dia rasa Mary ni lain dari yang lain, ada special nyer.... 
tapi Mary masih anggap Jung-In cintakan dia sebab urusan pernigaan bukan memang ikhlas
dia pulak jatuh cinta kat Mu-Gyul and Mu-Gyul pun sama
paling besh masa Mu-Gyul ni buat muka jeles masa buat persembahan kat tmpt Jung-In
and romantik sangat masa dia tujukan lagu untuk Mary kat persembahan tu
lahaiiiiii cairrrrr tawwwwww!!
terus tetiba bayangkan diri sendiri bercinta dengan Keun Suk, 
tapi pada masa yang sama kena cover-cover dari pihak media, 
sebab makkk orang biasa, hanyalah PA kepada pengarah syarikat media
pastu nanti Keun Suk kasik lagu kat gua yang duk tengok dia antara ribuan penonton
pehtu pehtu masa aiolls tengah bincang2 dengan pengarah tu japlagi Keun Suk jeles2 
sambil jeling2 maut la kan, org yang minat keun suk pon nampak pehtu dia sakit hati

ohhhhh myyyy panjang betul angan2 kau ieyza!!! lempang sebijik biar kembali ke alam realiti sikit kau ni!


Tengah membara cemburu, soooo cuteee!!

tapi cerita memang dipenuhi adegan romantik antara Jung-In dengan Mary
dan adegan klakar antara Mu-Gyul dengan Mary
tapi paling klaka masa masing2 nak buat jeles kat enemy masing2
masa Mu-Gyul tepon Mary dalam kereta Jung-In, nampak betui muka puas hati Jung-In dapat kenakan Mu-Gyul
dan masa dia tepon Mu-Gyul malam tu then tersalah paham tu...
klaka gila...




oh ya, ada sebab jugak kenapa Jung-In ni tetiba bertambah suka dekat Mary
sebab ingatan dia pulih sikit demi sikit masa zaman kekanak dulu
kisah dia dengan Mary

dua2 hero gua suka sebab tu gua boleh suka, minat and layan cerita ni!! 
terbaikkk!!!

"Boku Ga Iru"

Wednesday, December 03, 2014

:: PerSOnaL tasTe _ 2010 ::

Hye All!!

Assalamualaikum!

nak review cerita korea...
jarang dah tengok cerita jepun sebab tak besh.
plus macam dah tak de je cerita sebest Hanayori....
takpe, nanti try carik lagi cerita-ceriti terbaik jepung!

PERSONAL TASTE aka PERSONAL PREFERENCE




Genre: Romance, Comedy and Drama
Episode : 16 

Cerita pasal Park Gae-In (Son Ye-Jin) yang tinggal dalam rumah yang dipanggil Sanggojae, emmm pe ek maksud dia? dah lupa... kahkahkah... 
tapi adalah maksud tersendiri. Sanggojae ni rumah tradisi orang-orang Korea
yang dibina sendiri oleh ayah dia.
Tapi dia ni tinggal sensorang je sebab ayah dia ni tak suka duduk rumah tu
sebab rumah tu nanti mengingatkan dia (ayah Gae-In) kepada isterinya (mak Gae-In)
yang dah meninggal dunia kerana kemalangan dalam rumah tu sendiri
nak tau apa bentuk kemalangan tu sila tonton sendiri.

Gae-In ni pon dah ada boyfriend tapi tetiba je pakwe dia ni mintak putus dengan Gae-In
setelah lama gila dorang kapel..
sebenarnya pakwe dia ni dah tersuka dekat kawan baik Gae-In
kawan baik pulak jenis jahat punya olang... memang terus rampas la
sebab dia ingat pakwe Gae-In ni hebat, kaya dan perfect man
macam mana yang Gae-In selalu agung-agungkan

tah macam mana (sebab dah lupa) ayah Gae-In (kot) ada hutang dengan bank (kot)
jadi kalau dia tak dapat bayar hutang tu nanti rumah dia akan dilelong
(ntah, aku tak paham langsung cerita tang sini, sama ada aku memang tak amek tau atau aku dah lupa)
Jadi Gae-In pun macam serba salah dan cuba la nak jual hasil kerja (perabot2) dia untuk bayar balik duit2 tu semua

kebetulan pulak, ada seorang arkitek Jeon Jin-Ho (Lee Min-Ho) yang cuba untuk bertanding dalam Dam Art Center (pemenda ntah) cuba untuk tiru rekacipta Sanggojae ni.
Jadi dia berpura-pura jadi Gay untuk membolehkan dia tinggal dalam rumah Gae-In
Gae-In yang naif dan perlukan duit masa tu terima je lelaki ni 
lagipun dia memang anggap laki ni Gay sebab beberapa insiden masa awal cerita dulu.

Sampai la satu masa Gae-In jatuh cinta dengan Jin-Ho tapi tak nak ngaku
sebab dia tahu Jin-Ho takkan terima cinta dia sebab kan Jin-Ho gay.
pastu satu persatu rahsia terbongkar
daripada tahu Jin-Ho bukan gay sampai la dia tahu Jin-Ho nak tiru reka bentuk umah dia
dan bekas kekasih dia nak balik dengan dia...

untuk itu korang kena tengok la cerita dia kalau nak tau 
apa yang terjadi pada cinta Gae-In dan Jin-Ho

bagi aku cerita dia so-so je, tak de lah besh sangat sangat pon
maybe sebab aku sendiri memang tak minat lee min-ho tu
tapi cerita dia memang romantik la, tang romantik ai loikeee hahaha




romantik kan????? heeeeee ^_^

:: JIGokU SHouJO_2007 ::

Assalamualaikum.....

nak review satu lagi cerita dari manga japan pastu dialih ke anime 

dan kemudian di lakonkan pulak
dasat jugak la.. semua dia ada kehkehkeh

cerita orang jepun ni biasalah... kurang realiti nya, mengarut je banyak 

jadi kena lah pandai pilih.
macam cerita ni pon mengarut, 
tapi disebabkan aku teringin sangat nak tengok siapa jadi 
Enma Ai versi manusia so tengok jelah.
sekali sesuai kau!!

memang sesuai sangat, chubby2 memang macam dalam karakter 
pastu suara dia pon lembuttt jek...
kawan kawan dia yang lain pon sesuai nak nak lagi yang jadi Hone Onna




Iwata Sayuri aka Enma Ai 
emang sesuai banget sih!


Sugimoto Aya aka Hone Onna
Nih paling sesuai!!! sangat sangat!

JIGOKU SHOUJO aka HELL GIRL




Genre: Drama, Horror

Episode: 12

Kalau nak diikutkan drama ni dia tak cerita la secara keseluruhan 
kenapa Enma Ai ni tetiba jadi penjaga pintu neraka
tapi kalau tengok anime ada dia cerita macam mana Enma Ai ni mati dan kemudian dia kena tebus dosa-dosa dia untuk roh dia di hitung dan ke alam seterusnya
dimana dia kena heret mereka-mereka yang jahat ni masuk neraka 

aku tak tau sangat jalan cerita sebenar sbb aku tak sempat nak mengikuti anime nyer

lagipun aku lagi suka cerita manusia dari versi anime.
aku payah sikit nak tengok anime ke kartun ke pape jelah yang sewaktu dengannya
tapi cerita dia lebih kurang macam tu la.

so dalam 12 episode ni dia bahagi satu episode tu cerita lain-lain

dimana setiap cerita akan ada orang yang akan mintak pertolongan dia dalam laman web HELL GIRL...
haaa kauuu mampu?? gadis neraka cipta laman web!
kira macam sesiapa yang nak balas dendam dia kena buka laman web tu jam 12 malam 
dan tulis nama orang yang dia nak cabut nyawa tu

kendian Enma Ai akan datang dan cerita panjang2, skrip sama setiap hari
mesti dia bosan kan tetiap hari kena cakap benda sama
kalau aku, mau aku tape kan aja. lepas tu pasang bila orang dah panggil
hahaha!
tapi Enma Ai ada satu syarat la bagi setiap pertolongan dia tu,
setiap orang yang nak dia cabut nyawa tu dan dihantar ke neraka tu
orang yang buat permintaan tu pon bila dia mati nanti dia akan terus dihantar ke neraka
tanpa banyak soal. so kira macam roh dibalas dengan roh juga la

tapi Enma ni bukan la bodoh, senang-senang nak cabut nyawa orang anta neraka
takkkk... dia tau orang yang dia nak tolong tu jahat ke baik
dia nilai dulu orang-orang yang mintak tolong dia tu
kawan-kawan dia nanti jadi spy la...
gituuuu......



Kato Kazuki as Ichimoku Ren


Ogura Hisahiro as Wanyuudou



itu jek yang mampu aku nak cerita, 
sebab aku kurang pengetahuan pasal cerita ni
maklumla tak tengok versi anime
tapi seriously aku suka Enma Ai dalam cerita ni
tu yang aku mampu nak tengok jugak sampai habis

so korang kalau nak tonton cerita-cerita ringan bleh tgk cita ni
tak sakit kepala :)

Wednesday, October 15, 2014

:: CIndeReLLA'S SIstEr_2010 ::

Assalamualaikum...

Hi olls!!

Wahh kononnya berkobar kobar nak review cerita ni
tapi dokla fikir cerita apa sebenarnya yang saya dah tengok....
haahaha...
lantas terus jelah saya men-review cerita tanpa susah payah nak ikut Q
pening kepala dok fikir sebab banyak sangat


ewahhh sesuatu sangat... tetiba update guna "saya"
ayu sangat rasa... auwwww


CINDERELLA'S SISTER/ CINDERELLA'S STEPSISTER
Genre: melodrama,  romance
Episode: 20



entah tak tau... cerita ni famous ke tak...
sebab tahun 2010... pastu macam tak famous sangat
saya kurang arif pasal dunia2 korea ni,

siapa yang famous siapa yang tak,
cerita apa yang menjulang, 
cerita apa yang tak
saya hanya nak tengok cerita lantak la hit ke tak ke...
janji menepati piawaian iaitu pelakon2 adalah diminati

dan cerita awal tidak membosankan... perlu lah ditengok
kalau cerita awal dah 10 episode masih blur.... sila tutup laptop

oke berbalik pada cerita...

cerita ni agak berat... unsur romantik dan kekeluargaan
kelakar tak ada sangat...

sarat dengan kisah sedih, dendam, dan percintaan tiga empat segi dan perebutan harta
takpe, berat pon beratlah janji hero dan heroin adalah diminati...
treng treng trengggggg
ohya nak buat review ni tapi cerita tak berapa nak paham, jadi bantai jelah kan... 
kohkohkoh

kisahnya, 
Song Eun-Jo (Moon Geun Young) dari kecik dah kematian ayah. Jadi dia dibela oleh mak dia dan pakcik dia yang sering bertukar ganti.
Mak dia ni jenis kejap kejap tukar laki.. sebab apa aku tak paham... koh! malas nak amek tau, lantak mak dia la kan... yang penting mak dia ni mata duitan. pantang nampak orang kaya terus cuba nak masuk dalam family dia tu

dan dari kecik jugak Eun-Jo ni dah tanam diri dia yang dia hidup tanpa mempercayai sesiapa dan hidup atas kaki sendiri. so dah dibesarkan dengan cara macam tu, dia memang terus jadi seorang yang berhati batu dan susah nak "please" orang...
kiranya dia hidup untuk diri sendiri, dia tak suka ada kaitan dengan sesiapa dan tak suka bergaul mahupun berbuat baik dengan sesiapa.


suka sangat sangat moon geun young, dia kalau berlakon sangat menghayati watak. 
eventhou orang tak suka dia sebab dia tak cantik ke apa ke... tapi iolls still kata dia cantik and pandai berlakon.
dalam cerita ni payah betul nak tengok dia senyum... gelak memang takla.. sekali je rasanya dengan adik angkat dia.

dipendekkan cerita, mak dia ni terjumpa satu keluarga kaya yang mencipta arak paling bagus di korea.
memang ramai la pembeli arak orang kaya ni sebab cara dia yang teliti pe semua tu.
so mak dia mula2 curi hati anak orang kaya yang dah kehilangan mak ni.
Goo Hyo-Sun (Seo Woo) ni sangatlah manja, gila punya manja sampai aku sendiri tengok pon annoying gila, jenis "cry-baby"... setiap masa nanges je kerja dia, aku tampa boleh tak?
dia ni nak sangat rasa kasih sayang seorang mak. so bila mak Eun-Jo datang dia terus terima la nak nak lagi dia nampak mak Eun-Jo baik gila, lembut lak tu.
pastu macam macam dia buat untuk paksa mak Eun-Jo untuk tinggal kat situ
sampaila mak Eun-Jo sendiri memain peranan dengan mengorat ayah Hyo-Sun ni.



serious aku tak suka dia ni... annoying tu dah satu... jahat lak tu...
sama la jahat dengan mak eun-jo tu, sesuai sangat kalau jadi anak banak.


dipendekkan lagi cerita.
dorang pon hidup bekerluarga.
oh ya lupa nak cerita, Hyo-Sun ni ada minat kat sorang laki ni. laki ni pekerja rumah arak dia. tapi dorang dah macam family. dari laki ni habis belajar dia dok situ sampai la hyo-sun besar.

dalam diam diam hyo-sun taruh hati kat laki ni Hong Ki-Hoon (Chun Jung-Myung) tapi laki ni anggap dia sebagai adik je.
dia tu je gedik terlebih (ehh menyampah gila lak aku kt dia ni)



oke, dorang pon hidup sebagai satu family, dah kahwin apa semua.
eun-jo tetap dengan perangai tanak bercakap dan tanak bermesra dia. 
tp hyo-sun tak peduli dia tetap nak cakap and kawan dengan eun-jo walaupun dia tau eun-jo tak sukakan dia.
hanya ayah dia je yang mampu buka mulut eun-jo, mula2 eun-jo tak suka jugak
tapi bila dia tengok ayah hyo-sun ni baik, lemah lembut terus dia berubah
dia makin mesra dengan ayah hyo-sun, dan hyo-sun lak makin manja dengan mak eun-jo

si Ki-hoon pun tersuka dekat eun-jo ni, sebab dia tengok eun-jo ni lain dari yang lain dan sangat misteri, dia cuba dekati eun-jo walaupun eun-jo memang asyik jauh kan diri
tapi dalam diam diam eun-jo pendam perasan kat ki-hoon.
yang aku bengang si eun-jo ni tak paham paham ke apa si ki-hoon sukakan dia
macam tak reti-reti je, sakit nau hati...
yang perasan si hyo-sun lak, dia tau ki-hoon minat kat eun-jo
akhirnya hyo-sun ambil keputusan untuk membenci eun-jo dah alang-alang eun-jo memang tak suka dia.

sampaila satu masa, ayah hyo-sun meninggal...
dan masa ni eun-jo rasa segala bebanan tergalas atas bahu dia.
dia cuba baik dengan hyo-sun sebab hyo-sun kan baru kehilangan ayah.

tapi gitulah hubungan dorang pon on - off, kejap baik kejap tak
sebab eun-jo kan jenis dingin camtu, tapi bila hyo-sun ada masalah dia tolong la
tapi memang camne pon hyo-sun dah start jadi jahat
dia cuba pisahkan ki-hoon dan eun-jo
dan hidup dorang makin berubah bila mak eun-jo berubah tunjuk perangai jahat sebenar dia.

bila eun-jo tau mak dia dah jadi jahat sebab harta
so dia cuba jadi baik dengan hyo-sun, dia sentiasa ada untuk hyo-sun
pampered kan hyo-sun dan memang dia cuba untuk jadi yang terbaik la since hyo-sun dah tak ada tempat bergantung
tapi dia sebenarnya tak tahu sisi jahat hyo-sun pada dia.
ki-hoon lak terpaksa pergi kursus tentera
dan dia harap sangat eun-jo halang dia untuk pergi tapi eun-jo sendiri pon tak tau apa2
yang dia tau ki-hoon memang sengaja tinggalkan dia.

dia memendam rasa sampaila 8tahun kemudian (kalau tak salah aku)
bila ki-hoon balik pon dia cuba berlagak cool dan keras
seolah seolah dia tak rasa apa-apa
padahal dalam hati dia hancur sikit demi sikit bila tengok ki-hoon dgn hyo-sun

memang banyak salah faham antara dorang dan berlanjutan sampai bertahun2
semuanya sebab masing2 ada niat jahat masing2 (hyo sun dgn adik angkat si eun-jo)
memang panas hoih tgk cita ni!
 
tapi ending sangat menghampakan, punyala susah payah dorang nak bersama
last-last habis mcm tu, sakit hati la jugak...
tapi overall cerita dia memang besh bangat.
sesekali layan cerita berat.



suka sangat tengok dorang berdua. sesuai jadi pasangan kekasih
berbanding hero2 moon yang lain.. heee
dorang sweet!


haih la miss moon, pesal ko comel sangat! geram nau nau

oh ya ni pelakon pelakon cinderella stepsister yang banyak confilict dalam cerita ni



Tuesday, September 23, 2014

:: NObuTa Wa ProDuCe _ 2005 ::

Assalamualaikum!

Ohaiyooo!!

tetiba!

Cerita ni kan kalau nak ditranslatekan dalam bahasa melayu memang la menakutkan.
so tayah lah aku translate kan. haha!

ni pun cerita dari manga.. orang jepun mang suka adaptasi manga gamaknya

pelakon dia heroin nya yang aku minat! dan hero nya bekas scandal aku!
hahahhahaha *berangan pleasssseee*


NOBUTA WO PRODUCE



cerita ni takde pasal cintan cintun sangat, ada tapi sikit jek
ia lebih kepada persahabatan
tak delah besh cerita dia, bongoks je lebih
tapi nasib laaa aku minat perempuan tu.. nak nak lagi bekas scandal berlakon
lagila nak tengok walau cerita mengarut gila pon


kisah dia pasal pelajar sekolah menengah
(lau tak salah aku... sebab aku tak dapat nak bezakan sekolah sekolah kat jepun ni, ada menengah rendah la, ada menengah la, ada tinggi la... pening arrr)

oh ya, first time jugaklah tengok cerita golongan sederhana
selalunya kan dorang suka buat golongan kaya kaya tak suka kawan golongan miskin
dalam ni, cuma ada golongan sederhana je


si hero ni Shuji Kiritani (Kazuya Kamenashi) sangat disukai oleh rakan sekolah dia,
tak kira dari kelas mana semua kenal and suka dia sebab dia ni baik, suka tolong orang, tak pernah marah... kira baik sangat la
nak nak lagi kawan sekelas sendiri memang senang sangat dengan dia
dipendekkan cerita ada seorang lagi hero Akira Kusano (Tomohisa Yamashita)
nak sangat berkawan dgn Shuji ni, tapi Shuji memang tak suka dia sebab perangai dia yang super annoying tu.... aku pon tak paham kenapa perangai Akira macam tu
aku tak suka jugak sebab dia macam mabuk sepanjang masa...
macam tak betul pon ye jugak. kompius betul.




dan dipendekkan lagi cerita ada budak baru masuk sekolah ni
Nobuko Kotani (Horikita Maki), banyak banyak insiden tetiba dia jadi baik dengan dua lelaki tu...
dan dorang ambil kata sepakat nak ubahkan si Kotani ni daripada Nobuta
(maksudnya: Khinzir Hutan) kepada seorang gadis cantik dan perfect macam yamato nandeshiko gittewww
sebab Kotani jenis tak suka bergaul dengan orang... tak ada kawan...
tak pandai melawan... hidup dalam dunia dia dan tak pandai berhias




sejak dari itu dorang rancang macam macam untuk ubah Kotani,
banyak la cerita suka duka dorang bertiga masa ni... sampaikan si akira ni taruh hati pada Kotani... si Shuji tu aku tak paham dia suka ke tidak... kadang nampak macam suka n kadang nampak macam tak....
si penjahat! dah agak dah... dari awal pon dah boleh tahu
perempuan yang aku tak suka.... jadi makwe kazuya T.T (TODA ERIKA)

so cerita ni banyak la pasal persahabatan mereka
dari langsung tak kenal- dah kenal menyampah - kenal makin akrab - adakan misi dan persahabatan makin akrab sehingga tak leh berpisah....


kalau nak tahu apa maksud aku and berjaya tak dorang ubah Kotani
korang kenalah tengok cerita dia
tak de lah besh mana cuma okeyla.....
untuk tontonan ringan2 takde emo2 tak semakkan kepala otak

aku layan sebab horikita n kazuya je. hahahaha


Horikita Maki... KAWAIIII!!


Wednesday, September 10, 2014

::YamaTO NadESHiko SHicHi HenGe_2010 ::

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera

Hye!!
Ohayou Gozaimasu (masa aku taip ni pagi la)

So, tau kan kalau mulanya bahasa jepon makna nak review cerita jepun la ni..


YAMATO NADESHIKO SHICHE HENGE

(setahu aku yamato nadeshiko ni adalah seorang gadis jepun yang tersangat cantik dan penuh dengan kelembutan... kiranya perfect la dia ni... tapi tataula kalau salah.. haha)




ni scandal aku yang berlakon...
cewahh, asal hensem jek semua akuuuu nakkk kan?
aku ingat cerita ni cerita lamaaaaaa......
kot2 zaman full house dulu la kot kan... tapi cerita baru tahun 2010
and scandal masa ni berisi >.<



cerita ni lakonan Kazuya Kamenashi ( KAT-TUN) dan Oomasa Aya
sebenarnya ramai pelakon pelakon dia ni.
yang beshnya cerita kali ni bukan jenis cerita banyak2 jejaka suka kat sorang perempuan
tak ye... ni masing2 dah ada makwe sendiri sebenarnya
cuma ketua nya yang terjatuh cinta dengan perempuan ni 




cerita nya bermula dari lima pelajar kolej yang tak mampu nak bayar sewa rumah
dan lima pelajar kolej ni pon masing masing ada masalah dgn keluarga sendiri
so dorang duduk satu rumah besar ni dengan satu syarat;
dorang kena tolong tuan rumah tukarkan anak saudara dia, Sunako
menjadi seorang gadis impian! hahahaha... 
sesuka hati aku jek nak letak ayat tu... aku tak jmpa bahasa melayu dia apa
selain tu syarat nya, pemuda pemuda ni semua kena jaga anak lelaki dia yang masih kecil
sebab dia ni jenis suka melancong sini sana sinun,
selalu atas flight dan anak lelaki dia ni tak suka sangat nak follow

Sunako ni sebenarnya sangatla pelik
dorang tak tau pon mula2nya tu, main setuju aja janji dapat sewa percuma
sekali datang anak saudara tuan tanah masing2 takut ingatkan hantu




Sunako ni jenis yang suka menyendiri, langsung tak suka bergaul
cakap pon dua tiga patah jek
then hanya akan pakai baju dengan selubung hitam dia
kemana2 pon mesti pakai selubung tu
tak boleh tengok benda2 yang cantik dan hensem dan lawa dan bersinar
kalau tak dia akan pengsan... tapi hero selalu kena ketuk kepala....
konpius aku! orang lain tk pulak kena macam tu...
so bila nampak benda2 yang cantik ni terus dia akan sebut "MABUSIIII"
haa... dan jugak suka kumpul benda2 pelik macam tengkorak, patung science lab 
semua benda yang pelik2 laa...

tapi bila transform dia ni akan jadi cantik jugakla...
aku suka tengok kalau dia ikat rambut dia 
satu lagi dia tak boleh dengar orang kata dia hodoh atau buruk
serta merta dia akan berubah dari seorang yang lembik jadi gagah perkasa.



memang mengarut sangat cerita dia ni...
tapi aku suka sebab hero dia hensem. hahahahah!
lagi satu sebab klaka... memang bongoks habis la cerita dia ni.

so untuk sesiapa yang suka cerita yang ringan untuk release tension
yang santai untuk gelak gelak... korang boleh try tengok cerita ni




Monday, September 08, 2014

:: beL AmI_2013 ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Hati berbunga bunga nak review cerita chenta hati berlakon....
auwwww!! 


silalah bertabah dengan kegedikkan daku buat masa ni.
xlama ni.. nanti dah tau dia ada makwe ke... dah kawen ke apa ke...
takde dahla minat tu..
sekarang jelah nak menggatal sehari sebut 80x pong... kehkehkeh
mohon tabah yep!


BEL AMI/PRETTY BOY/BEAUTIFUL MAN




cerita ni kalau tak salah aku drama terbaru lakonan Jang Keun Suk.
tahun 2013. paling latest la ni.

cerita ni memang aku minat sangat sebab heroin dia comellll!!
cerita tak de la besh mana sebab banyak pasal konflik rebut harta, kedudukan dan semua2 lah yang nak direbutnya...
so kisah cinta dia dengan heroin sikit sangat la..
tapi aku suka jugak sbb pakwe aku berlakon, ditambah dengan IU yang comellll!!!



Rambutnya dipotong untuk cerita ni....

sinopsis cerita dia,
Kim BoTong (IU) ni dah lama kenal dengan Dokgo MaTe (JKS) ni
masa dia sekolah menengah, tapi masa tu Dokgo Mate dah besar la.
Dokgo Mate kenal dengan IU pon sebab mak dia kawan mak IU. 

dan dorang kena pindah hidup kat kampung (sekampung dgn mak IU)
Kim BoTong ni memang gila gila la jatuh cinta kat Dokgo MaTe ni...
dia punya tahap minat tu sampai sanggup buat apa saja la demi Dokgo MaTe ni...
fanatik gila!


Dokgo MaTe ni pulak kan kacak melampau la kiranya dalam cerita tu,
tapi dorang tak panggil kacak, dorang panggil cantik (yelah dia kan mcm perempuan)
dan dia ni suka hidup bermewah2, bersih and cantik2 je...
dia tak de taruh minat langsung kat Kim BoTong ni, menyampah ada la
tapi dah Kim BoTong dah fanatik sangat dengan dia, 
dia pon banyak mempergunakan Kim BoTong ni.

sampaila satu hari dia berjumpa dengan seorang perempuan kaya ni, 
perempuan ni sebenarnya bekas menantu kepada lelaki pemilik syarikat terbesar di korea
lelaki tu kononnya ayah Dokgo MaTe, kira Dokgo Mate ni anak luar nikah lelaki tu 
tapi takut diketahui oleh orang ramai maka dia diabaikan bersama maknya, 
cenggitula lebih kurang pada awal ceritanya.
perempuan ni berpakat dengan Dokgo Mate untuk rebut balik apa yang dorang telah hilang
perempuan ni nak anak dia balik yang dihantar ke luar negara oleh bekas mak mentua dia
dan kalau boleh dia nak laki dia balik jugak, 
mak mentua dia la penyebab dorang berpisah, tapi seriously mak mentua ni memang jahat gila... jahat nak matik oiiit! dahla tu berlagak nak mampus...
si Dokgo MaTe pulak berpakat sebab nak balik harta yang kononnya milik dia dan mak dia.. kira dia nak orang acknowledge dia anak kepada lelaki syarikat terbesar tu
dia ni dah bosan gila hidup susah
sebab tu la dia pikat perempuan2 kaya untuk kikis duit dorang



dalam permainan ni utk rebut balik harta tu, 
menantu perempuan ni suruh Dokgo MaTe bercinta dengan 10 orang perempuan
(kalau tak salah aku jugak, haha! aku minat tgk dia dengan IU jek)
cuma yang aku ingat memang menyampah gila aku dengan perempuan pertama tu
yang jadi tukang tilik rambut kembang2 tu...
ehhh meluat laaaa... tak suka sbb dia gatal. 
orang lain pon tak segatal tu... gedik nak cium2 pakwe aku lak, sepak kang!

dan Dokgo Mate ni selain tu menantu perempuan ni kasi dia berkotak2 stokin kaki...
dimana dia kena habiskan jual berapa ribu ntah stokin tu..
dari situ jugakla dia mintak pertolongan, in bracket mempergunakan Kim Botong 
untuk jualkan semua stokin stokin dia tu.. tanpa dia berusaha pape


sanggup bersusah payah untuk MATE OPPA

kejam gila la JSK dalam citer ni, bengang sebab dia selalu gunakan IU.
si Kim Botong ni turuttt je lah kehendak orang yang dia paling suka tu
dan dari situ jugaklah dia kenal si David Choi sebab dia menumpang kat rumah David ni...
David ni tak tidur dalam rumah tu, sebaliknya dia bina khemah kat luar rumah 
atas sebab2 tertentu dia tak boleh tidur dalam rumah tu
kalau nak tau kena tengokla cerita dia.

Dokgo Mate ni akhirnya berusaha keras la jugak nak jual stokin kaki tu
sampai dia dapat buka syarikat kecil dan gajikan Kim Botong dan David Choi 



Kat sini barulah bermula kisah besh antara dorang bertiga
yang mana si Dokgo Mate ni jeles tengok David Choi baik dengan Kim Botong

dia pon tak pasti kenapa dia jeles sangat, tapi memang dia tak suka tengok dua manusia tu berbaik baik dan mesra mesra bagai
kiranya dia mula rasakan perhatian Kim Botong bukan lagi untuk dia seorang
kalau dulu dia rimas sangat sekarang dia rasa kehilangan and nak balik perhatian tu
nak nak lagi bila dia tau David memang sukakan Kim Botong nyer

Mula kat sini memang besh!!
aku suka tengok Dokgo Mate ni jeles sangat dengan David
pastu dia sendiri cuba tarik perhatian Kim Botong 

sebab semuanya dah tak macam dulu, kalau dulu semua yang dia nak Kim Botong akan buatkan dengan kadar segera
tapi sekarang Kim Botong ni kena bezakan tugas dan kawannya si David
Dokgo Mate mula rasa tercabar, tapi ego nak mengaku yang dia mula sukakan Kim Botong

si David ni aku tak suka, sebab tak hensem... hahahaha
pastu menyibuk pulak hal cinta dorang berdua tu... 
tapi tak boleh jugak, kalau si David ni takde sampai sudahla Dokgo Mate ni tak perasan yang dia sebenarnya sukakan Kim Botong..
tapi memang terasa sangat2 bila Dokgo Mate tempah makan malam untuk dia dan Kim Botong tapi Kim Botong tak dapat pergi sebab nak tengok persembahan David...
haishhhhhh.......

so nak tau kesudahan cerita ni silalah mentengok ya...
memang besh la kisah cinta dorang
tapi aku pon banyak skip bila tiba pasal berebut2 harta ni
malas beteii aku nak amek tau... hahaha
tapi afterall aku paham la jugak

sini ada sikit ringkasan untuk watak dalam cerita ni yang aku jumpa









::MeReKA yANg MenGikuTi::