komentar aku...
cerita ni memang bes! walau pada mulanya agak slow tp bila dah sampai bab Juliana menerima cinta dalam hidupnya tu bermulalah juga konflik dalam hidupnya. Aku paling suka bila dah baca sampai pertengahan bab, konflik hidup dia semakin hebat sehingga dia berkahwin dengan Danny pon hidupnya selalu diduga... memang aku kesian sangat kat dia dan akhirnya aku memahami bagaimana seorang itu boleh jadi gila dan apa yang mereka fikir... aku dah belajar dari novel ni... terima kasih pada farahnina.
watak2 yang digarapkan dalam novel ni sangat bagus smpai aku rasa simpati pada Juliana dan benci yang teramat pada watak sherina, farhana dan emak Danny...hidup Julia merana kerana mereka dan aku memang tak boleh terima watak Danny yang bodoh sangat2 tu... langsung tidak bersyukur dengan kehadiran Julia dalam hidupnya...yang dia tahu dengar setiap fitnah mak n adiknya...laki tak ada otak! macam mana seorang ibu sanggup buat begitu pada anaknya? sanggup untuk menolak kebahagiaan anaknya? aku betul-betul tidak faham... dan akhirnya bila sudah terjadi perkara yang tidak terduga tu barulah Danny tu nak berbaik-baik dengan isterinya,berterus terang dan mengaku cinta... bodoh sungguh!
aku beri 82% dan 3 bintang untuk cerita ni, ranking best boleh diberikan thumbs up!
so korang bolehlah cekitouz this novel cuma aku tak pasti novel ni masih dikeluarkan atau tidak sebab cerita dia dah lama aku rasa kerana buku yang aku beli ni pun second hand dan kertas dia dah kekuningan dah pon... hahhahhaha!
--------------------------------------------------------------------------------------------------
sinopsis:: Cinta tidak pernah diundang, sekali datang ia mengamit rindu yang bertandang. Rasa yang sukar diungkap. Indah dipandang tapi sukar dipegang. Mahu saja dia lari tapi lembutnya memikat. Sabarnya selaut. Cinta dan sayang yang melimpah kadangkala melemaskan amat sukar untuk direnangi. Cemburu memaniskan cinta, tapi ia juga racun berbisa. Dimanakah nilai cinta seorang lelaki, kalau dia terpaksa menanggung derita, duka dan aib.
Alangkah senang memohon kemaafan, setelah sekeping hati dan keercayaan dihancurkan, rindu bertukar benci yang tidak bertepi. Malah kadangkala menjadi dendam yang membara.
0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:
Post a Comment