::LabeLS::

Thursday, August 05, 2010

::biARLah YM berBIcaRa:: by Hanni Ramsul

First baca cerita ni pd bab awal nya aku dah rasa bes sangat! kelakar dan aku suka watak hero yang digarap, Encik Firdaus. Fuhh! Memang romantik habis la... kalaulah dalam alam nyata ni semua orang seromantik dan sebaik itu, aman giler bumi malaysia ni aku rasa... xdew gaduh2 pakwe makwe, cerai berai suami isteri... namun aku tahu ada jea manusia macam En. Firdaus tu cuma kurang, mungkin 1 orang dari 10 orang rakyat mesia ni.

Dari awal aku memang sudah teruja untuk membaca, tak seperti hasil tulisan penulis-penulis lain dimana pada permulaan cerita agak memboringkan, bila dah sampai tengah2 tu baru bes tapi Hanni Ramsul berjaya membuat kelainan tuk pastikan aku terus melekat dan teruja tuk baca citer dia. Aku suka pada setiap detik yang digarap dalam novel ini. Terlalu suka! Cuma sayang, watak heroin Adiya Fatiha (aku sgt suka bila dia gunakan nama Tiya ^_^) terlalu lalulah egonya dan macam pentingkan diri sendiri pulak, dia suka buat suatu konklusi dengan melulu tapi overall citer dia mmg bes, tak de benda lain dah yang dapat aku bagitahu hahahaha....tak terluah dek kata-kata.

Satu lagi, sayangnya citer ni aku dah dapat mengagak dari awal pembacaan tentang siapakah Charming, kerana dari bab awal aku sudah dapat menjangka manusia yang bernama Charming itu dan memang benar. Watak Kamal aku memang menyampah giler! walau dia baik tapi dia menganggu gugat cinta org...

Aku boleh bg 87% bersama 3 1/2 bintang untuk cerita yang bes dan klaka ni.
I LOVE IT! cayalah~~


------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis::
Abang Kamal…

Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…


Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…


Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

 
 
 

0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

::MeReKA yANg MenGikuTi::