::LabeLS::

Wednesday, October 15, 2014

:: CIndeReLLA'S SIstEr_2010 ::

Assalamualaikum...

Hi olls!!

Wahh kononnya berkobar kobar nak review cerita ni
tapi dokla fikir cerita apa sebenarnya yang saya dah tengok....
haahaha...
lantas terus jelah saya men-review cerita tanpa susah payah nak ikut Q
pening kepala dok fikir sebab banyak sangat


ewahhh sesuatu sangat... tetiba update guna "saya"
ayu sangat rasa... auwwww


CINDERELLA'S SISTER/ CINDERELLA'S STEPSISTER
Genre: melodrama,  romance
Episode: 20



entah tak tau... cerita ni famous ke tak...
sebab tahun 2010... pastu macam tak famous sangat
saya kurang arif pasal dunia2 korea ni,

siapa yang famous siapa yang tak,
cerita apa yang menjulang, 
cerita apa yang tak
saya hanya nak tengok cerita lantak la hit ke tak ke...
janji menepati piawaian iaitu pelakon2 adalah diminati

dan cerita awal tidak membosankan... perlu lah ditengok
kalau cerita awal dah 10 episode masih blur.... sila tutup laptop

oke berbalik pada cerita...

cerita ni agak berat... unsur romantik dan kekeluargaan
kelakar tak ada sangat...

sarat dengan kisah sedih, dendam, dan percintaan tiga empat segi dan perebutan harta
takpe, berat pon beratlah janji hero dan heroin adalah diminati...
treng treng trengggggg
ohya nak buat review ni tapi cerita tak berapa nak paham, jadi bantai jelah kan... 
kohkohkoh

kisahnya, 
Song Eun-Jo (Moon Geun Young) dari kecik dah kematian ayah. Jadi dia dibela oleh mak dia dan pakcik dia yang sering bertukar ganti.
Mak dia ni jenis kejap kejap tukar laki.. sebab apa aku tak paham... koh! malas nak amek tau, lantak mak dia la kan... yang penting mak dia ni mata duitan. pantang nampak orang kaya terus cuba nak masuk dalam family dia tu

dan dari kecik jugak Eun-Jo ni dah tanam diri dia yang dia hidup tanpa mempercayai sesiapa dan hidup atas kaki sendiri. so dah dibesarkan dengan cara macam tu, dia memang terus jadi seorang yang berhati batu dan susah nak "please" orang...
kiranya dia hidup untuk diri sendiri, dia tak suka ada kaitan dengan sesiapa dan tak suka bergaul mahupun berbuat baik dengan sesiapa.


suka sangat sangat moon geun young, dia kalau berlakon sangat menghayati watak. 
eventhou orang tak suka dia sebab dia tak cantik ke apa ke... tapi iolls still kata dia cantik and pandai berlakon.
dalam cerita ni payah betul nak tengok dia senyum... gelak memang takla.. sekali je rasanya dengan adik angkat dia.

dipendekkan cerita, mak dia ni terjumpa satu keluarga kaya yang mencipta arak paling bagus di korea.
memang ramai la pembeli arak orang kaya ni sebab cara dia yang teliti pe semua tu.
so mak dia mula2 curi hati anak orang kaya yang dah kehilangan mak ni.
Goo Hyo-Sun (Seo Woo) ni sangatlah manja, gila punya manja sampai aku sendiri tengok pon annoying gila, jenis "cry-baby"... setiap masa nanges je kerja dia, aku tampa boleh tak?
dia ni nak sangat rasa kasih sayang seorang mak. so bila mak Eun-Jo datang dia terus terima la nak nak lagi dia nampak mak Eun-Jo baik gila, lembut lak tu.
pastu macam macam dia buat untuk paksa mak Eun-Jo untuk tinggal kat situ
sampaila mak Eun-Jo sendiri memain peranan dengan mengorat ayah Hyo-Sun ni.



serious aku tak suka dia ni... annoying tu dah satu... jahat lak tu...
sama la jahat dengan mak eun-jo tu, sesuai sangat kalau jadi anak banak.


dipendekkan lagi cerita.
dorang pon hidup bekerluarga.
oh ya lupa nak cerita, Hyo-Sun ni ada minat kat sorang laki ni. laki ni pekerja rumah arak dia. tapi dorang dah macam family. dari laki ni habis belajar dia dok situ sampai la hyo-sun besar.

dalam diam diam hyo-sun taruh hati kat laki ni Hong Ki-Hoon (Chun Jung-Myung) tapi laki ni anggap dia sebagai adik je.
dia tu je gedik terlebih (ehh menyampah gila lak aku kt dia ni)



oke, dorang pon hidup sebagai satu family, dah kahwin apa semua.
eun-jo tetap dengan perangai tanak bercakap dan tanak bermesra dia. 
tp hyo-sun tak peduli dia tetap nak cakap and kawan dengan eun-jo walaupun dia tau eun-jo tak sukakan dia.
hanya ayah dia je yang mampu buka mulut eun-jo, mula2 eun-jo tak suka jugak
tapi bila dia tengok ayah hyo-sun ni baik, lemah lembut terus dia berubah
dia makin mesra dengan ayah hyo-sun, dan hyo-sun lak makin manja dengan mak eun-jo

si Ki-hoon pun tersuka dekat eun-jo ni, sebab dia tengok eun-jo ni lain dari yang lain dan sangat misteri, dia cuba dekati eun-jo walaupun eun-jo memang asyik jauh kan diri
tapi dalam diam diam eun-jo pendam perasan kat ki-hoon.
yang aku bengang si eun-jo ni tak paham paham ke apa si ki-hoon sukakan dia
macam tak reti-reti je, sakit nau hati...
yang perasan si hyo-sun lak, dia tau ki-hoon minat kat eun-jo
akhirnya hyo-sun ambil keputusan untuk membenci eun-jo dah alang-alang eun-jo memang tak suka dia.

sampaila satu masa, ayah hyo-sun meninggal...
dan masa ni eun-jo rasa segala bebanan tergalas atas bahu dia.
dia cuba baik dengan hyo-sun sebab hyo-sun kan baru kehilangan ayah.

tapi gitulah hubungan dorang pon on - off, kejap baik kejap tak
sebab eun-jo kan jenis dingin camtu, tapi bila hyo-sun ada masalah dia tolong la
tapi memang camne pon hyo-sun dah start jadi jahat
dia cuba pisahkan ki-hoon dan eun-jo
dan hidup dorang makin berubah bila mak eun-jo berubah tunjuk perangai jahat sebenar dia.

bila eun-jo tau mak dia dah jadi jahat sebab harta
so dia cuba jadi baik dengan hyo-sun, dia sentiasa ada untuk hyo-sun
pampered kan hyo-sun dan memang dia cuba untuk jadi yang terbaik la since hyo-sun dah tak ada tempat bergantung
tapi dia sebenarnya tak tahu sisi jahat hyo-sun pada dia.
ki-hoon lak terpaksa pergi kursus tentera
dan dia harap sangat eun-jo halang dia untuk pergi tapi eun-jo sendiri pon tak tau apa2
yang dia tau ki-hoon memang sengaja tinggalkan dia.

dia memendam rasa sampaila 8tahun kemudian (kalau tak salah aku)
bila ki-hoon balik pon dia cuba berlagak cool dan keras
seolah seolah dia tak rasa apa-apa
padahal dalam hati dia hancur sikit demi sikit bila tengok ki-hoon dgn hyo-sun

memang banyak salah faham antara dorang dan berlanjutan sampai bertahun2
semuanya sebab masing2 ada niat jahat masing2 (hyo sun dgn adik angkat si eun-jo)
memang panas hoih tgk cita ni!
 
tapi ending sangat menghampakan, punyala susah payah dorang nak bersama
last-last habis mcm tu, sakit hati la jugak...
tapi overall cerita dia memang besh bangat.
sesekali layan cerita berat.



suka sangat tengok dorang berdua. sesuai jadi pasangan kekasih
berbanding hero2 moon yang lain.. heee
dorang sweet!


haih la miss moon, pesal ko comel sangat! geram nau nau

oh ya ni pelakon pelakon cinderella stepsister yang banyak confilict dalam cerita ni



0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

::MeReKA yANg MenGikuTi::