::LabeLS::

Wednesday, December 03, 2014

:: PerSOnaL tasTe _ 2010 ::

Hye All!!

Assalamualaikum!

nak review cerita korea...
jarang dah tengok cerita jepun sebab tak besh.
plus macam dah tak de je cerita sebest Hanayori....
takpe, nanti try carik lagi cerita-ceriti terbaik jepung!

PERSONAL TASTE aka PERSONAL PREFERENCE




Genre: Romance, Comedy and Drama
Episode : 16 

Cerita pasal Park Gae-In (Son Ye-Jin) yang tinggal dalam rumah yang dipanggil Sanggojae, emmm pe ek maksud dia? dah lupa... kahkahkah... 
tapi adalah maksud tersendiri. Sanggojae ni rumah tradisi orang-orang Korea
yang dibina sendiri oleh ayah dia.
Tapi dia ni tinggal sensorang je sebab ayah dia ni tak suka duduk rumah tu
sebab rumah tu nanti mengingatkan dia (ayah Gae-In) kepada isterinya (mak Gae-In)
yang dah meninggal dunia kerana kemalangan dalam rumah tu sendiri
nak tau apa bentuk kemalangan tu sila tonton sendiri.

Gae-In ni pon dah ada boyfriend tapi tetiba je pakwe dia ni mintak putus dengan Gae-In
setelah lama gila dorang kapel..
sebenarnya pakwe dia ni dah tersuka dekat kawan baik Gae-In
kawan baik pulak jenis jahat punya olang... memang terus rampas la
sebab dia ingat pakwe Gae-In ni hebat, kaya dan perfect man
macam mana yang Gae-In selalu agung-agungkan

tah macam mana (sebab dah lupa) ayah Gae-In (kot) ada hutang dengan bank (kot)
jadi kalau dia tak dapat bayar hutang tu nanti rumah dia akan dilelong
(ntah, aku tak paham langsung cerita tang sini, sama ada aku memang tak amek tau atau aku dah lupa)
Jadi Gae-In pun macam serba salah dan cuba la nak jual hasil kerja (perabot2) dia untuk bayar balik duit2 tu semua

kebetulan pulak, ada seorang arkitek Jeon Jin-Ho (Lee Min-Ho) yang cuba untuk bertanding dalam Dam Art Center (pemenda ntah) cuba untuk tiru rekacipta Sanggojae ni.
Jadi dia berpura-pura jadi Gay untuk membolehkan dia tinggal dalam rumah Gae-In
Gae-In yang naif dan perlukan duit masa tu terima je lelaki ni 
lagipun dia memang anggap laki ni Gay sebab beberapa insiden masa awal cerita dulu.

Sampai la satu masa Gae-In jatuh cinta dengan Jin-Ho tapi tak nak ngaku
sebab dia tahu Jin-Ho takkan terima cinta dia sebab kan Jin-Ho gay.
pastu satu persatu rahsia terbongkar
daripada tahu Jin-Ho bukan gay sampai la dia tahu Jin-Ho nak tiru reka bentuk umah dia
dan bekas kekasih dia nak balik dengan dia...

untuk itu korang kena tengok la cerita dia kalau nak tau 
apa yang terjadi pada cinta Gae-In dan Jin-Ho

bagi aku cerita dia so-so je, tak de lah besh sangat sangat pon
maybe sebab aku sendiri memang tak minat lee min-ho tu
tapi cerita dia memang romantik la, tang romantik ai loikeee hahaha




romantik kan????? heeeeee ^_^

0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

::MeReKA yANg MenGikuTi::