::LabeLS::

Monday, December 31, 2012

::LaZuaRDi:: by Nasz


*picca taken here :: ~inside me~

Review::



wallaaahhhhhh bertahun aku menunggu penulis terbaik dari novel terbaik "sweet sour" ni iaitu Nasz buat novel lain. berkurun weeeiii, akhirnya. Nasz dah keluarkan novel terbaru dan tanpa fikir panjang terus je aku grab laaa.... aku dah jadi peminat tegar Nasz ni ha. yang besh penulis aku minat mesti nama Nas.... Nass Alina Noah dan Nasz.... see hebat betul orang nama Nasz ni ye.

Alhamdulillah, penantian yang berbaloi. novel ni tak mengecewakan... sangat besh. walau terkurang dari sweet sour tapi masih mantap dan besh. ayat dia memang bersahaja dan nasz suka guna "aku" which is sangat susah penulis novel nak buat cerita yang hanya berkisarkan tentang "aku". sepanjang cerita ni aku asyik gelak je. sah orang dalam tren kata aku sewel. kelakar sangat dari awal cerita.

banyak sangat watak jahat dalam ni, sampai kalau boleh aku tamau baca cerita orang lain selain dari Anaz dan Shark. cuma kekurangannya, cerita ini terlalu ringkas dan simple. aku kalau boleh tamau berhenti baca tau. konflik pemenda semua sangat besh kalau dipanjangkan. dan aku menyampah kat odie. jumpa awek sampai lupa kawan baik. aku siku nak?

masa beli novel ni tak baca pon sinopsis belakang. main ambik je sebab teruja tengok nama Nasz~ hehehe. cayalah keep it up!!
apapun memang terbaik. sila beli oke. tak rugi! aku bagi 4 bintang!! 95 peratus!!

-----------------------------------------------------------------------

Sinopsis::

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

"Awak....jomlah kahwin dengan kita"
"Kahwin tu apa?"
"Kahwin tu maknanya baling bunga"
"Kita nak dapat bunga, tak nak baling baling bunga"

Tapi betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba tiba...

"Kita kahwin nak?"
"haa?"
"Tunang?"
"haa?"
"Jadi girlfriend saya?"
"haa?"
"Saya serious ni"

Putera manakah yang akan menyelamatkan Si Cinderella ini? Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

Nasz mencoretkan kisah suka.duka.pahit.manis dan maung kehidupan si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna warni yang mempersona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.

:: jAnJi KasIh:: by Sri Diah

*Picca taken from Google*


Review::

perghhhh ya ampun cerita... tak dapat aku nak komen. cuma yang mampu aku katakan seriously tak besh. aku dok pk bila laaaa nak habis cerita ni.
menyampah tahap gaban dengan heroin. mula mula macam oke lah kan sokong dia ni. tapi dah tau itu laki orang, engkau gatal nak mams tu lagi pehal. dahla ada lelaki lain yang suka dia. kalau tadak boleh la terima akal jugak. konon konon nak tinggalkan laki orang tu. balik balik engkau cari jugak. bodo! 
tensen baca cita ni. aku sarankan tayah baca -..-

sakit hati dan bosan. kalau baca sinopsis ada tertulis "pekerti saliwati yang menjadi galang ganti......" wellll, pekerti??? hellloooo aku tak nampak pekerti yang elok langsung. buruk semuanya. dahla perangai tak semenggah. eeeiii serious aku tak leh bagi komen. dahla.......

terkejut sangat tengok nama penulis yang sangat gah di dunia penulisan tanah air tapi novelnya macam tak memberansangkan je? ke Sri Diah memang suka buat cerita lain dari yang lain....? tak lain jugalah sebab isteri si lelaki gatal nak mams tu ada penyakit kononya maka serahkann kepada heroin. cessss~ rugi gila aku baca. baik aku baca novel yang lebih berfaedah. buang duit buang masa~

no star rating~

--------------------------------------------------------------------------

Sinopis::

Bahagia bagaikan sebutir berlian yang terjatuh ke laut. Dan laut itu pula penuh dengan tipu muslihat. Ke dasar mana hendak digapai? 
Ia sama juga dengan tragedi Saliwati di tangkap khalwar di bilik professornya. 
Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yang bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.

Zahim, kekasih lamanya yang baik budi dan prihatin, berdepan dengan dilema apabila isterinya menyuruh berpoligami. Pekerti santun Sanliwati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Di matanya ada cinta, dihatinya ada setia. Namun Huzairi yang kematian bapa angkara Tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati.

Thursday, November 29, 2012

::CokLAt, BunGa dAn Si CupID:: by Zara Amani

Kembali setelah lama tidak menulis. Bab bab membaca novel adalah maha liat sekarang ni. apatah lagi novel yang aku dah pernah baca and aku kena ulang baca sekali lagi sebab dah tak ingat nak buat review.
-..-''



Review:: 

Seriousss aku rasa tamau baca langsung cerita ni. bosan hoihhhh! klise. seorang perempuan, semua orang nak kat dia. boleh? dan dia... semua orang dia nak. aku tampa nak? cerita dia a quite bit meleret leret, sampai aku boleh stop kejap and baca buku lain berselang selang... 

apa yang aku suka dalam cerita ni hanyalah bilamana watak rania bersama haidi... bila sampai cerita mereka memang tak sabar nak baca. yang lain....... kalau boleh nak skip aja.
Kelakar? not so... cuma ada rasa nyampah kat heroin. mudah benar jatuh cinta. well tak kisahla engkau nak minat 80 orang dalam satu masa kan. tapi setia lah pada yang satu. ini engkau minat dan engkau pergi tanamkan harapan kat setiap sorang tu...gediks! 
lepas tu terhegeh hegeh takut la risau la...apa la.... cerita dia tak memenuhi kuota kebestsan aku. so ai dunlike.
sori, pape pun aku harap novel kedua beliau besh!! 

rating for this, 2 bintang dengan 40 percentage. sekian. terima kasih. -..-' 


p/s~aku bercerita pasal watak dan jalan cerita dalam penceritaan, bukan nya tentang penulisnya. jangan salah paham ya. 

p/s2~ takut pulak aku baca blog zara amani.... kang tak memasal aku lak yang kena. hewhewhew.... 

----------------------------------------------------------------------------

Sinopis:: 

Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amilia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun, cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu

Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami. 

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan Tuhan yang paling kacak itu. 

"Pickpocket? is that what you think? what can i steal from you?" ~ Fakhrul Qazril Amani. 

Hatinya menjerit saat memandang Ridfi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya? 

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari- jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. bagaikan tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini?

Wednesday, June 27, 2012

::TiaDa SePerTImu:: by Anita Aruszi

Review::
Bagi aku cerita dia best walau dah biasa baca cerita cerita macam ni tapi disebabkan banyak halangan yang bukan halangan biasa buat kita enjoy nak baca. cerita ni buat kita tertanya tanya apa akan berlaku seterusnya disamping tu rasa bengang gila tak payah nak cakaplah. Mula mula aku baca cerita ni aku ingatkan sad ending, dimana dorang ni tak mungkin akan bersama la sebab banyak halangan dan di heroin tu pulak perangai ntah hapa hapa, dahla ego!


Dalam cerita ni seriously aku tak sukakan heroin dia, Zara. Bagi aku dia terlalu ego. Lelaki tu (si hero) dah mengaku kot yang dia sukakan Zara, cintakan Zara ni tapi dia langsung macam tak nak accept cinta si Kefli (hero) ni, dan tak ada pon dia cakap yang dia pun sukakan dan cintakan Kefli. Kalau aku jadi lelaki tu aku tinggalkan aja perempuan macam tu. Geram betul bila ada perempuan yang ego dia berlebih lebihan dari lelaki. 

Tapi cerita dia oke, not bad. Boleh tahan la tu kan maknanya. aku bagi 3 bintang dengan 70 peratus. weho!!

---------------------------------------------------------------------


Sinopsis:: 

Keifli: “Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ini. Siapa yang nak bertemnakan perempuan seperti Zara? Sudahla garang, keras kepala pulak tu!"

Zara: “Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?"

Rubiah: ”Benci itu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayakah Keifli menjinakkan Zara yang garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dalam hidupnya?

Kefli Benjamin dan Zara Melissa... kedua duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Kefli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa apa antara satu sama lain. 

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Kefli. Ada sahaja yang tidak kena dimata Zara. Jenuh Kefli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu. Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Kefli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Kefli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang kotor itu?

::TeGUh:: by Norhayati Berahim

Review::
Satu cerita lama, pada permulaan cerita agak lembab dan membosankan. Tapi lama-lama dah boleh terima la jalan ceritanya. Cuma ceritanya agak biasa biasa saja, tentang kecewa dalam cinta kerana kekasihnya memilih orang lain dalam hidup dan kemudian menagih kembali cinta kekasih lamanya itu kerana kecewa dengan kekasih baru. Cliche.


Sebenarnya aku mengharapkan heroin (nina) itu hidup bersama Benedict, tapi biasalah... cerita selalunya takkan memuaskan hati pembaca.
Dah namanya cerita lama jadi jangan mengharapkan sebarang ayat ayat yang kelakar atau mudah. Watak hero (Fikri) memang miang melampau plus kuat mendesak. meluat pulak aku membaca. kalau aku jadi Nina tak de der nak terima lelaki macam tu. Terkongkong gila rasa.


Aku beri 2 bintang dengan 60 peratus.


------------------------------------------------------------------------
Sinopsis:: 


Setelah kecewa dengan cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tetapi apakah Nina akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti?




Tuesday, May 08, 2012

::7 LauTan Ku CaRi cInTa:: by Nass Alina Noah



Yea! satu lagi novel NAN yang baru aku rasa (entahla aku tak tengok lak tarikhnya).


Review aku:: Cerita NAN ni sapa yang tak tahu? Pelik dan tak masuk dek akal adalah trademark beliau. Satu lagi kisah yang korang baca korang akan pening sebab memang sangat tidak masuk akal. Cuma novel ni jalan penceritaan dia lebih pantas dan kurang memeningkan, tak macam yang sebelum sebelum ni. Pape pon cerita dia memang best gilak wa cakap sama lu. kelakar sangat dari awal sampai habis engkau tak akan berhenti gelak macam orang gila. aku letteww. Dahla aku baca cerita ni dalam tren (itu hobi aku sebab betapa bosannya dok dalam tren kalau engkau tak boleh tido) memang menyengih aja kerjanya! kadang kadang tu sempat tergelak kecik. memang orang pandang slack je, satu macam... apa pandang pandang? tak mintak duit korang pon okeh!


Satu lagi novel mantap dari NAN, best dan santai. Tak payah nak beban bebankan kepala otak nak fikir walaupun cerita dia tak logik yang penting korang tak sakit otak. dah nama pon cerita kan? haruslah tak logik kalau nak yang logik mari kita mentengok kisah benar aja... agagagaga. Dan aku sarankan korang baca novel ni, aku paling suka watak Armando! adakah lelaki yang sebegitu di dunia ini? Hmm...Armando..haishhh!! Nass memang sangat bagus dalam menginspirasikan watak lelaki romantik! I like oke. dabel triple like. Kalaulah Armando tu wujud di saat saat hati aku yang macam dah tak ada hati ni mau aku grab aja, tak payah nak fikir panjang dah. Dahla romantik plus hensem katanya macam enrique plus kaya pulak tu, sapa yang bodoh tak nak??? sila bunuh diri.... eh? oke jangan bunuh diri.. doserrr.


Aku kasi 4 bintang, 85 peratus. terbaek dari ladang. Silalah membaca.


-------------------------------------------------------------




Sinopsis:: Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam. ~ Cici.

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku. ~ Armando.

Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka teleh jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah tujuh lautan menyatukan cinta mereka?

Wednesday, April 18, 2012

:: VeRsuS :: by Hlovate

Pernah dengar nama tu? Mesti pernahkan? Peminat novel yang tegar harus pernah mendengar/ membaca/ melihat nama beliau. Walaupun aku sekarang ni dah tak setegar mana sebab duit dalam kocek pon tidak berapa tegar begitu berada tapi masih familiar dengan nama itu.
Aku mula tertarik dengan hasil penulisan beliau melalui seorang kawan. Kawan aku tu kasik aku pinjam nivel Hlovate ni yang bertajuk 5Tahun 5Bulan. Walau tak seminat mana pada beliau seperti mana aku meminati Nass Alina dan Ahadiat Akashah tapi bagi aku beliau berpontensi untuk terus maju. Jadi, baru baru ni sudah membeli buku beliau bertajuk 'VERSUS'


Review aku::
Kurang menyengat. ceritanya nyata tak se'gah' 5T5B, tidak sehangat itu. bagi aku hanya biasa biasa saja. ayat dia tak lagi terperinci sepertimana hasil dalam 5T5B dimana engkau rasa engkau yang ada dalam watak itu! Sayangnya...
Namun, apa yang bagusnya buku ni ia banyak menerapkan nilai nilai agama. terlalu sarat dengan persoalan dan tentang agama sehingga serba sedikit ada rasa berilmu la kerana ilmu2 yang dikongsi itu -..-''


Gaya perceritaan still biasa biasa saja, seperti baru belajar nak menulis. sedangkan bagi aku nama beliau cukup sudah gah bagi kaki novel macam aku ni. baca cerita depan sudah tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan apa endingnya sendiri.


Apapun aku tabik spring pada beliau sebab berani membawa kelainan dalam hasil penulisan beliau walau tidak begitu menyengat! memang ternyata lain dari 5T5B. jadi, 2 bintang dan 43 peratus




-----------------------------------------------------------------------
sinopsis::
I

"Please Minn. Bukak tingkap bilik you." 
"Huh?" 
"I'm freezing right outside your window. On the roof"
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih ditangan. "You what?"
"No Kidding. Please..." balas Ashraff Omar. Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO" 
"Minn, I'm dead serious" Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina. "Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"

II

"Not a step away from that spot, AO" Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you"
"Back. Off" 
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang. "I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.


Sunday, February 19, 2012

:: CinTa YaNG TeRpiLih :: by Sri Diah



Tengok nama penulis saja orang dah tahu betapa gahnya beliau bukan? Tapi entah sebab apa bagi aku cerita ni biasa-biasa sahaja. boleh tahan. permulaan cerita agak membosankan nak-nak lagi si Warda tu jenis kepala angin, pentingkan diri sendiri dan tak nak langsung dengar nasihat-pendapat orang lain mahupun Zahim sendiri.
Suka hati mak bapak je nak main tuduh tuduh manusia lain tak ada sebab, bila dah tahu kebenaran kan dah termalu sendiri... kadang kadang aku rasa memang elok sangat bila dia kena dengan Abang Ashaari baru dia tahu langit itu sememangnya tinggi... Abang Ashaari digambarkan seorang yang psiko pada mulanya.


Sri Diah adalah satu nama besar dan dunia penulisan, jadi sudah tentu dia dapat menulis dengan baik (sampai aku nak review pon takut gila ni, kang tak memasal kena saman). Apa yang bagus di dalam novel ini beliau banyak menerapkan unsur-unsur agama, diletakkan setiap hadis, terjemah dan sunnah. Namun, cerita boleh tahan sahaja. Aku kurang berminat pada jalan ceritanya. Cuma aku suka bila dah sampai pertengahan cerita dimana Warda menerima Zahim.


Aku bagi 2 1/2 bintang dengan 53 peratus.


-----------------------------------------------------------
sinopsis::


WARDA~ Cinta adalah lautan masalah. aku lemas. tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! malam ini bukan malam jahanam. aku berkelana untuk membuang badi cinta. aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.


ZAHIM~ Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. aku ada maruah. dia pun ada maruah. manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.


Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. siapa boleh percaya? emak menentang. bapa juga tidak setuju. kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin...


Adakah dia.... CINTA YANG TERPILIH?

::MeReKA yANg MenGikuTi::