Bagi aku cerita dia best walau dah biasa baca cerita cerita macam ni tapi disebabkan banyak halangan yang bukan halangan biasa buat kita enjoy nak baca. cerita ni buat kita tertanya tanya apa akan berlaku seterusnya disamping tu rasa bengang gila tak payah nak cakaplah. Mula mula aku baca cerita ni aku ingatkan sad ending, dimana dorang ni tak mungkin akan bersama la sebab banyak halangan dan di heroin tu pulak perangai ntah hapa hapa, dahla ego!
Dalam cerita ni seriously aku tak sukakan heroin dia, Zara. Bagi aku dia terlalu ego. Lelaki tu (si hero) dah mengaku kot yang dia sukakan Zara, cintakan Zara ni tapi dia langsung macam tak nak accept cinta si Kefli (hero) ni, dan tak ada pon dia cakap yang dia pun sukakan dan cintakan Kefli. Kalau aku jadi lelaki tu aku tinggalkan aja perempuan macam tu. Geram betul bila ada perempuan yang ego dia berlebih lebihan dari lelaki.
Tapi cerita dia oke, not bad. Boleh tahan la tu kan maknanya. aku bagi 3 bintang dengan 70 peratus. weho!!
---------------------------------------------------------------------
Sinopsis::
Keifli: “Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ini. Siapa yang nak bertemnakan perempuan seperti Zara? Sudahla garang, keras kepala pulak tu!"
Zara: “Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?"
Rubiah: ”Benci itu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."
Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayakah Keifli menjinakkan Zara yang garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dalam hidupnya?
Kefli Benjamin dan Zara Melissa... kedua duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Kefli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa apa antara satu sama lain.
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Kefli. Ada sahaja yang tidak kena dimata Zara. Jenuh Kefli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu. Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Kefli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Kefli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang kotor itu?
0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:
Post a Comment