Hati berbunga bunga nak review cerita chenta hati berlakon....
auwwww!!
silalah bertabah dengan kegedikkan daku buat masa ni.
xlama ni.. nanti dah tau dia ada makwe ke... dah kawen ke apa ke...
takde dahla minat tu..
sekarang jelah nak menggatal sehari sebut 80x pong... kehkehkeh
mohon tabah yep!
BEL AMI/PRETTY BOY/BEAUTIFUL MAN
cerita ni kalau tak salah aku drama terbaru lakonan Jang Keun Suk.
tahun 2013. paling latest la ni.
cerita ni memang aku minat sangat sebab heroin dia comellll!!
cerita tak de la besh mana sebab banyak pasal konflik rebut harta, kedudukan dan semua2 lah yang nak direbutnya...
so kisah cinta dia dengan heroin sikit sangat la..
tapi aku suka jugak sbb pakwe aku berlakon, ditambah dengan IU yang comellll!!!
Rambutnya dipotong untuk cerita ni.... |
sinopsis cerita dia,
Kim BoTong (IU) ni dah lama kenal dengan Dokgo MaTe (JKS) ni
masa dia sekolah menengah, tapi masa tu Dokgo Mate dah besar la.
Dokgo Mate kenal dengan IU pon sebab mak dia kawan mak IU.
dan dorang kena pindah hidup kat kampung (sekampung dgn mak IU)
Kim BoTong ni memang gila gila la jatuh cinta kat Dokgo MaTe ni...
dia punya tahap minat tu sampai sanggup buat apa saja la demi Dokgo MaTe ni...
fanatik gila!
Dokgo MaTe ni pulak kan kacak melampau la kiranya dalam cerita tu,
tapi dorang tak panggil kacak, dorang panggil cantik (yelah dia kan mcm perempuan)
dan dia ni suka hidup bermewah2, bersih and cantik2 je...
dia tak de taruh minat langsung kat Kim BoTong ni, menyampah ada la
tapi dah Kim BoTong dah fanatik sangat dengan dia,
dia pon banyak mempergunakan Kim BoTong ni.
sampaila satu hari dia berjumpa dengan seorang perempuan kaya ni,
perempuan ni sebenarnya bekas menantu kepada lelaki pemilik syarikat terbesar di korea
lelaki tu kononnya ayah Dokgo MaTe, kira Dokgo Mate ni anak luar nikah lelaki tu
tapi takut diketahui oleh orang ramai maka dia diabaikan bersama maknya,
cenggitula lebih kurang pada awal ceritanya.
perempuan ni berpakat dengan Dokgo Mate untuk rebut balik apa yang dorang telah hilang
perempuan ni nak anak dia balik yang dihantar ke luar negara oleh bekas mak mentua dia
dan kalau boleh dia nak laki dia balik jugak,
mak mentua dia la penyebab dorang berpisah, tapi seriously mak mentua ni memang jahat gila... jahat nak matik oiiit! dahla tu berlagak nak mampus...
si Dokgo MaTe pulak berpakat sebab nak balik harta yang kononnya milik dia dan mak dia.. kira dia nak orang acknowledge dia anak kepada lelaki syarikat terbesar tu
dia ni dah bosan gila hidup susah
sebab tu la dia pikat perempuan2 kaya untuk kikis duit dorang
dalam permainan ni utk rebut balik harta tu,
menantu perempuan ni suruh Dokgo MaTe bercinta dengan 10 orang perempuan
(kalau tak salah aku jugak, haha! aku minat tgk dia dengan IU jek)
cuma yang aku ingat memang menyampah gila aku dengan perempuan pertama tu
yang jadi tukang tilik rambut kembang2 tu...
ehhh meluat laaaa... tak suka sbb dia gatal.
orang lain pon tak segatal tu... gedik nak cium2 pakwe aku lak, sepak kang!
dan Dokgo Mate ni selain tu menantu perempuan ni kasi dia berkotak2 stokin kaki...
dimana dia kena habiskan jual berapa ribu ntah stokin tu..
dari situ jugakla dia mintak pertolongan, in bracket mempergunakan Kim Botong
untuk jualkan semua stokin stokin dia tu.. tanpa dia berusaha pape
sanggup bersusah payah untuk MATE OPPA |
kejam gila la JSK dalam citer ni, bengang sebab dia selalu gunakan IU.
si Kim Botong ni turuttt je lah kehendak orang yang dia paling suka tu
dan dari situ jugaklah dia kenal si David Choi sebab dia menumpang kat rumah David ni...
David ni tak tidur dalam rumah tu, sebaliknya dia bina khemah kat luar rumah
atas sebab2 tertentu dia tak boleh tidur dalam rumah tu
kalau nak tau kena tengokla cerita dia.
Dokgo Mate ni akhirnya berusaha keras la jugak nak jual stokin kaki tu
sampai dia dapat buka syarikat kecil dan gajikan Kim Botong dan David Choi
Kat sini barulah bermula kisah besh antara dorang bertiga
yang mana si Dokgo Mate ni jeles tengok David Choi baik dengan Kim Botong
dia pon tak pasti kenapa dia jeles sangat, tapi memang dia tak suka tengok dua manusia tu berbaik baik dan mesra mesra bagai
kiranya dia mula rasakan perhatian Kim Botong bukan lagi untuk dia seorang
kalau dulu dia rimas sangat sekarang dia rasa kehilangan and nak balik perhatian tu
nak nak lagi bila dia tau David memang sukakan Kim Botong nyer
Mula kat sini memang besh!!
aku suka tengok Dokgo Mate ni jeles sangat dengan David
pastu dia sendiri cuba tarik perhatian Kim Botong
sebab semuanya dah tak macam dulu, kalau dulu semua yang dia nak Kim Botong akan buatkan dengan kadar segera
tapi sekarang Kim Botong ni kena bezakan tugas dan kawannya si David
Dokgo Mate mula rasa tercabar, tapi ego nak mengaku yang dia mula sukakan Kim Botong
si David ni aku tak suka, sebab tak hensem... hahahaha
pastu menyibuk pulak hal cinta dorang berdua tu...
tapi tak boleh jugak, kalau si David ni takde sampai sudahla Dokgo Mate ni tak perasan yang dia sebenarnya sukakan Kim Botong..
tapi memang terasa sangat2 bila Dokgo Mate tempah makan malam untuk dia dan Kim Botong tapi Kim Botong tak dapat pergi sebab nak tengok persembahan David...
haishhhhhh.......
so nak tau kesudahan cerita ni silalah mentengok ya...
memang besh la kisah cinta dorang
tapi aku pon banyak skip bila tiba pasal berebut2 harta ni
malas beteii aku nak amek tau... hahaha
tapi afterall aku paham la jugak
sini ada sikit ringkasan untuk watak dalam cerita ni yang aku jumpa
0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:
Post a Comment