::LabeLS::

Wednesday, September 03, 2014

::BamBiNo _ 2007::

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Konichiwa... genki desu ka??

Genki desu... arigato!
hew hew hew...

lama rasanya tak belajar cakap jepun, sebab sekarang dok layan cerita korea 
makanya banyak bahasa korea yang masuk otak.
tapi bahasa korea susah sikit la, berbelit2... pening makkk!

kali ni nak cerita sal satu drama jepun ni, rasanya tak ramai yang tau pasal drama ni,
tak tau nape...

nak kata pelakon tak glamer... bekas pakwe aku yang berlakon...
aktor paling pemes dan menjadi kegilaan ramai di jepun...
pelik jugak ni.
or mebi orang kurang berminat dengan cerita2 yang takde kisah cinta ni
sebab dia lebih banyak kepada kerjaya, cita-cita dan impian si hero.

BAMBINO



bekas pakwe berlakon
MATSUMOTO JUN
*wink*

Drama ni sebenarnya adaptasi dari sebuah Manga.
Berkisarkan tentang Ban Shogo (Jun Matsumoto) yang bekerja di sebuah kedai biasa pada mulanya bersama cikgunya yang pernah belajar dan bekerja di Itali.
Disini juga dia berkenalan dengan kekasih hatinya Takahashi Eri (Fukiishi Kazue).
Seriously aku tak suka makwe dia ni, baguslah berpisah...
eh! terbagi tau pulak. hahahaha
satu sebab dia tak cantik, kedua sebab dia tua, ketiga sebab dia gediks!
pakwe nak bekerja kat tokyo je pon... bukan nak gi itali, sampai marah2 mintak putus
kalau aku... ikut jelah pakwe tu...
ko kan orang jepun... tinggal serumah pedehallll....

Ban Shogo teruskan cita-cita dia dengan pergi bekerja di Tokyo.
satu restaurant italian, apa ntah nama restaurant tu... aku ingat Baccanale jek.. haha!
bermula dari situ dia diterima bekerja tapi dia dibuli...
seolah2 pekerja2 kat situ tak suka orang baru dikelompok mereka.
memang kesian wei tengok dia kena buli, kena tumbuk, kena sepak T.T
tapi dari sudut lain, aku rasa dorang nak ajar dia supaya bermula dari bawah, 
kerjaya seorang chef ni bukan senang... bila kau susah nak dapatkan nya, kau akan lebih menghargai... kan?
plus, aku rasa dorang nak dia belajar bertindak/ bekerja dengan cepat.
and mampu kerja apa je dalam keadaan terdesak
kiranya niat dorang ni baik cuma cara dia ajar tu kejam sangat.

kena buli basuh pinggan mangkuk

dan dari situ dia diberi nama BAMBINO..
pemilik restaurant tu sebenarnya kawan baik cikgu dia masa dekat restaurant lama dulu 

mula diterima jadi anak didik lelaki cap hitam tu... gua lupa nama dia


berbagai rintangan dia duduk kat situ
sampai dia sendiri naik give up nak teruskan cita cita dia...
paling besh masa dia kena tolong Oda tu buat dessert...
klaka gila!!
tak de siapa boleh kerja dengan Oda ni tau, 
sebab dia tak suka orang masuk campur kerja dia...
tapi sekali tu dia tangan dia cedera sebab accident, maka Ban Shogo ni kena la tolong...
memang besh la!!

oh ya, selain belajar macam2 kat restaurant tu
dia kena belajar cakap dalam bahasa itali jugak...
huihhhh jenuh jugak tu...
lepas tu kena belajar senyum ye... senyuman happy... senyuman bahagia
bukan senyum buat2.. seksa gila ar...
dahla tu kena belajar jadi pelayan oke... bukan setakat belajar jadi tukang masak
tapi kena jadi pelayan jugak...
sebab dia kena rasa perasaan orang yang datang untuk makan
baru dia ada perasaan untuk memasak... haaaa ko mampu???


kena paksa senyum

ketua pelayan... suka dia ni, baik... selalu tolong Ban Shogo.. 

nak tau camne huru haranya hidup dia and ada sama dia kekal kat Baccanale tu atau tak
kenalah tonton cerita dia.....
beshhhh!! 

0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

::MeReKA yANg MenGikuTi::