::LabeLS::

Thursday, August 04, 2011

::SweeT soUR:: by Nasz


harini aku dengan rasa rajin dan baik hati sangat sangat darab lagi tiga belas kali nak tolong pomot novel yang dah abis aku baca ni kat kenkawan, pembaca pembaca budiman kat sini. so aku dapat komisen tak nanti ni?? hahaha.
aku baru je habiskan pembacaan ke atas novel bertajuk seperti diatas SWEET SOUR. rasa aku lah kan ini hasil penulis novel terbaru alaf ini. citer ni memang ta perlu nak kata pape agy, memang best sesangat! walau pun tak adalah capai tahap bes giler viva kan tapi memang tak rugi la beli dan baca. korang memang akan puas aty. ayat dia memang sangat bersahaja dan kelakar, aku tak henti nak gelak dari mula aku baca sampai lah pertengahan cerita. sebab bila dah nak habis tu citer dia jadi sedey pulak. memang jarang benar orang nak menulis novel guna perkataan atau kata ganti diri 'aku' sebab bagi aku sendiri, agak payah nak tunjuk sesuatu situasi kalau dah namanya dihadkan kepada aku, tapi Nasz sudah berjaya membuatnya! syabas mera bheta syabas!
masa mula mula baca cerita dia ni rasa cam hampeh je sebab belom baca sampai habis, bengang dengan jalan cerita dia yang depan tu dan memang tersangat benci giler dengan kehadiran joe disitu. at the last, aku akhirnya bersetuju dengan pilihan dia. sebenarnya bagi aku la, kalau dia pilih zarul pon aku suka dan kalau pilih joe pon aku lagi suka. sebab zarul ni watak dia memang kelaka dan best tapi sayangnya dia ni pengecut giler! tak macam watak joe, joe digarap sebagai seorang yang romantik abis la dan berani nak pertahankan hak dia sayangnya he is to0 serious. dia rela buat apa saja demi mendapatkan apa yang dia nak, dan cintanya. so, apa pun aku amat suka dengan keseluruhan cerita ni dan aku sarankan pada korang untuk baca citer ni jugak. pasti tak nyesal punya! selain tu sesaper yang dah baca leh la komen kat aku, jomla kita berkongsi cerita!
aku bagi dia empat bintang bagi penulisan dia yang mabeles tu dan jalan citer yang agak lain dari yang kebiasaan penulis buat (termasuk aku, hahaha). aku harap manusia yang bernama pena Nasz ni teruskan usaha dia menulis cerita yang lagi best dan buat yang terbaik dari yang baik ni. semoga beliau terus berkarya. aku akan sabar menanti hasil karyanya.


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


– Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

::KL-LonDoN:: by Ahadiat Akashah

kalau dah tengok nama penulis pon orang dah tau citer dia macam manakan? walaupun cover buku sangatlah buruk tapi citer memang agak mantop. ada semua rasa suka duka geram sakit hati bahagia...


citer dia best walau tak mantop... perghhh benci giler aku dengan perempuan bekas kekasih Teddi tuh, rasa nak bunuh kerat 18 tauk (buang) dalam laut! buleh? dah ternoda barulah terhegeh-hegeh nak cari Teddi! tapi memang aku suka gaya penceritaan nya. cerita AA ni memang aku salute habis, walau ending kebanyakkannya bengong tapi aku memang sangat suka jalan penceritaan dia bila dia garapkan sesuatu watak. aku memang tensi kot bila baca Teddi balik pada kekasih lama dia, melampau sungguh! rasa Olive tak patut terima Teddi... lelaki bodoh macam tu tak perlulah dibuat pakwe! haiishh... tapi yelah kan manusia mana tak pernah buat silap. dari kesilapan kita belajar. dan aku sangat sangat lah suka endingnya!!! terbaeeekkk!!!


aku bagi 3 1/2 bintang dengan 78%... disarankan untuk dibaca! ^_^






Irina... dari KL ke London aku mengejarmu
Irina... setiap saat aku merinduimu
Irina... please say you love me to0!

Wednesday, August 03, 2011

::ciNta HAtIKu:: by Pitteriah Abdullah

ermmm camne mau komen yeap... hopely jangan ada yang terasa. harap komentar ini sebagai panduan untuk menulis dengan lebih baik. boleh dikatakan aku tak berminat pada cerita ini. dan aku rasa lima bab akhir aja yang best bagi aku. dimana berkisarkan cerita mengenai Rissa dan Megat Rafiqin. pada awal ceritanya sangatlah membosankan. kenapa aku kata bosan? bukan hanya disebabkan bahasa nya bahasa lama, ini kan novel lama jadi aku pahamlah kenapa bahasanya begitu, aku tidak menyalahkan beliau, tapi bosan kerana cerita yang sama diulang ulang dan ulang, cerita mengenai kenapa Tan Sri Badrul benci giler pada ayah angkat Arissa dan cerita mengenai Mustaffa Hakimi. cerita tentang mereka ni dari awal cerita akan diulang sampailah ke akhir cerita, sampai aku sendiri dah boleh hafal apa ayat yang akan dituturkan seterusnya. Cerita tentang bertapa baiknya Mustaffa dan Hakimi... waduh kalau boleh aku nak skip aja baca tapi memandangkan tak best baca novel skip-skip takut ada benda yang terlepas jadi terpaksalah aku habiskan jugak dari satu muka surat ke muka surat. bagi aku nak ulang cerita boleh tapi tak payah lah setiap satu bab cerita itu diulang.


aku bagi 1 1/2 bintang dengan 32% untuk ending dia lima bab yang terakhir yang boleh aku katakan best itu. bila namanya heroin perlukah semua orang suka semua orang jatuh cinta padanya?? hiss tak paham tak paham... sekadar berkongsi pendapat okeh, ini juga sebagai panduan untuk aku hasilkan novel kelak.





Hidup dalam keadaan rahsia ini susah sebenarnya. orang tak tahu apa yang kita alami. orang juga tidak tahu apa masalah kita dan orang hanya tahu mahu menyalahkan kita saja. itu satu hal, ini bukan sekadar menyalahkan tetapi sudah sampai peringkat menghukum. menghukum tanpa usul periksda. itu yang lebih malangnya.

"Kenapa jatuh cinta Arissa? kalau kau tahu sakitnya orang putus cinta, apakah kau masih mahu jatuh cinta lagi? cukuplah sekali aku jatuh cinta, aku tidak mahu bercinta lagi selepas ini. cukuplah Megat Rafiqin saja cinta pertama dan terakhir dalam hidupku, bukannya lelaki lain lagi. andainya aku berkahwin pun, aku akan berkahwin tetapi bukan atas nama cinta lagi kerana cintaku hanya untuk Megat Rafiqin saja" 
- Arissa Putri

::MaWaR:: by Nass Alina Noah


MAWAR dilanda dilema. sikap ibu dan kakak tiri sering menyusahkannya. dalam pada itu, terpaksa pula Mawar menerima perkahwinan yang telah dirancang oleh arwah abahnya dan Datin Maznah. dia tidak dapat menerima status sebagai seorang isteri kerana usianya yang masih muda.

dia punya cita-cita yang tinggi menggunung dan baginya status sebagai seorang isteri akan menjadi tembok penghalang untuk mengejar cita-cita. lantaran itu, perkahwinan Mawar dan Johari hanya pada nama.

Johari, anak yang taat pada permintaan ibunya. dia berazam untuk mencintai isterinya dan memberi peluang kepada Mawar mengejar cita-citanya. namun, dapatkah Johari menawan hati Mawar dan mematuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh Mawar?


Yeahhh! another NAN novel!! hoh dah boleh jadi kipas-susah-mati NAN gamaknyer kalau cenggini... hakhakhak. aku memang lah sangat berminat hasil tulisan dia. tak boleh nak kata apa dah. dan boleh diagak dari empat-empat novel dia yang aku dah baca yang aku tau dia ni berasal dari Kelantan. semua novel dia pasal kelantan. hakhakhak. hebak mu hebak!! ouhh itu terengganu bukan kelantan. wakakka!! jangan tiru ajaran sesat dari aku tau tau tau!!

okeh berhenti melalut aku nak citer sal novel yang diberi tajuk MAWAR... jalan citer memang lah sangat best tak hengat! tapi ending... sori to say hampeh! pes time ni aku baca novel dia ending hampeh... tak pernah terjadi lagilah setakat ni.huahuahua. dari depan sampaila nak satu je lagi ke bab yang terakhir memang lah sangat best bangat. walau agak kegeraman la aku baca citer dia sebab si Mawar ni sangat lah bongoks! ego! dan lelaki itu sangatlah dayus!! ending last... ouhh tak sanggup nak baca dah. kalau dia buat ending Mawar sanggup tunggu hingga ke akhirnya aku akan bagi 4 bintang kot! tapi disebabkan ending dia tak bestm watak hero dan heroin sangatlah bongoks! maka aku bagi 3 bintang aja dengan 70 peratus. bolehlah tahan. aku komen cenggini sebab aku tau NAN boleh buat yang lagi bagus kerana novel dia yang aku baca semua bes-bes.

agak disarankan untuk dibaca ^_^ tapi harap bertabah kerana endingnya mengecewakan.

::BidaDARi BowanAvisTa:: by Farahnina Zulfar


sayang dan cintanya pada Amir tidak pernah berubah. 
tapi entah mengapa ada getar lain apabila terpandang Razlan. suka atau cinta perasaan yang sukar digambarkan. Razlan datang membawa kisah cinta yang didambakan sedang kasihnya pada Amir semakin mendalam. sedang Amir memendam rasa dan melukai hati Sara dalam diam. cinta pandang pertama pada Nicole mengubah rasa. Nicole wanita idaman, sedang Sara wanita pilihan.

sukarnya meneka rasa. cinta atau mainan perasaan. diturut rasa ada yang terluka. namun, cinta Sara dan Amir bagai mengundang duka.



masa mula-mula baca ni, depan dia boleh tahan, tidak begitu memboringkan macam sesetengah novel lain masa cerita pengenalan. dan bila dah sampai tengah memang aku sangat lah tidak bersabar lagi untuk menghabiskan pembacaan. baca laju-laju sampai takleh nak catch up feeling. tapi to tell u olls da truth memang lah cerita ni sangat best! terbaek dari ladang okeh! tak sia-sia baca lah, tak habiskan tenaga dan masa, citer dia sangat best. aku paling suka jika Nicole dan Amir bercinta, perbuatan Sara terlalu melukakan, sepatutnya dia tidak diberi kemaafan lagi! dah kawen dengan laki lain tapi mengatal tidur dengan laki lain, harus rejam sampai mati je pempuan macam tuh! huh! emo pulak~ tapi ending dia agak boleh tahan lah... aku andai kan mereka dapat bersama. kedatangan semula Sara tulah yang sangat tidak best bila Nicole dah mula berubah untuk menerima Dayang dan Amir. Dah dia buat salah dia nak salah kan Amir dan Nicole pulak.isk!! geram okeh!

aku bagi empat bintang untuk novel ni bersama 88%. memang bes. mula-mula baca aku ingat bidadari ni hantu tau. hantu yang wujud disiang hari. memang cara dia cerita banyak yang buat aku fikir bidadari yang dimaksudkan adalah hantu. peliks sangat cara dia manalah aku tak fikir macam tu, kalau korang baca pun mesti korang ingat bidadari yang disebut tu hantu. hahaahaha! okeh aku sarankan korang membacanya walau novel dia macam susah dah nak cari sekarang ni. ngee~~

::MeReKA yANg MenGikuTi::