::LabeLS::

Wednesday, August 25, 2010

:: aD+iZ:: by Eury Athena

AD = Adrianna Mayesa
IZ = Tengku Farriel Izumi 


AD + IZ akhirnya menjadi satu novel gabungan dua nama panggilan yang dipadankan... sebelum baca tuh aku egat ni gabungan DNA kromosom terbaru ke hapa GenX dan GenY rupanya gabungan dua nama panggilan... buleh cenggitu? aku dah habiskan sesi pembacaan dengan jayanya semalam... alhamdulillah akhirnya setelah aku bertungkus lumus tok menghabiskannya.


bagi aku AD + IZ...bolehlah tahan hasil penulisannya bagi seorang penulis baru sbb pada pandangan aku penulis ni banyak terpengaruh kepada penulisan Hlovate...cara dia mengolah ayat kadang2 sejibik lah. Keseluruhannya bolehla tahan... cerita biasa iaitu mengenai perkahwinan kontrak dan akhirnya jatuh cinta then disebabkan darjat terpisah...pastu happy ending... itulah sebab aku kata boleh tahan sbb aku kata cerita dh biasa... pape pon tahniahla kepada penulis sbb berjaya menyiapkan dan publishkan novel dia ni, aku tahu bukan senang nak tulis novel...sangat2 susah nak buat semua orang berpuas hati... so keep up the good work!!


aku bagi markah 70 % bersamaan 2 1/2 bintang untuk novel ni.... cayalah!




---------------------------------------------------------------------------------------------




sinopsis::  Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.





2 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

Unknown said...

novel nih ai baca separuh jek sbb jalan citernya sama macam Aa+Bb. I mean ada yg sama ada jugaklah yg tidak tapi sbb ai dah baca Aa+Bb first so ai terasa macam 60% cerita dan lenggok bahasanya macam "diikut" dr cerita Aa+Bb tuh *ini hanya pandangan peribadi pengkomen ngeh ngeh ngeh

Unknown said...

Eby:: iyeepp itulah yg sayer dah mention kan lam entri sayer yang penulis ni hekot cara Hlovate menulis...

::MeReKA yANg MenGikuTi::