::LabeLS::

Thursday, July 29, 2010

:: prIncE cHaRmiNg:: by Ratu Bulan

Aku baru jea habiskan pembacaan novel ni semalam...akhirnya tamat jugak pembacaan aku itu (saja aku bc lambat2 sbb dalam tren aku tak tahu nak buat apa, jadik novel adalah peneman terbaik aku buat masa ini)
Dan sekarang kerja aku adalah untuk mengkomen (hurmmm... mcm la aku ni terrer sgt...ahahaha)

Bagi aku citer ni bolehlah dikatakan agak best atau dengan erti kata lain, boleh tahan la... sebab penceritaan dia bersahaja dan klaka jugak (aku tahu bukan senang nak buat lawak dgn penulisan)

Tapi, tak adalah sebest giler seperti yang digembar gemburkan oleh peminat-peminat novel yang lain, bg aku novel ni biasa-biasa aja... jalan cerita menarik cuma aku kurang suka.
mungkin kerana aku tak menghayati watak Nazrul dari awal lagik sebab aku sedikit pon tak menjangka yang dia adalah hero sebenarnya... jadi aku cuma pk hero yang hensem2 macam watak Fiq dan Rezza...(biasa lah mana-mana pun atau siapa-siapa pon akan memilih watak hensem sebagai hero mereka)... jadi aku agak terkilan bila bukan mereka yang menjadi pilihan Nurul.

Aku boleh bagi 70% markah untuk novel ni kerana terbahagi kepada dua iaitu pertama sebab dia klaka dan bersahaja... dan sebab kedua cerita-cerita, plot atau klimaks yang ditimbulkan dalam citer ni aku dah boleh jangka, macam Nazrul dan Nazrin, siapa yang buat carta Prince Charming tu dan bila baru saja sampai pertengahan cerita aku dah boleh agak macam mana endingnya dan siapa heronya.
Dan aku bagi 2 1/2 bintang...

papepon untuk peminat novel yang ingin hiburan ringan aku sarankan baca novel ni sebab tak terlalu kompleks dan mudah untuk difahami.
hope penulisan Ratu Bulan selepas ini lagi bagus dan bes, akan ku nantikan novel seterusnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming."Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?







pssssttt~~
yang aku angankan:: Liyana Jasmay as Nurul Izzati
                               Shahrul (Ali KAMI) as Fiq
                                                 as Rezza
                               Nas-T as Nazrul/Nazrin
                                                  as Sofea

2 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

dwatyKNY said...

saya plak tgh baca novel ni.... hehehe

Unknown said...

o0oo.... amacam bes kew?? baca selepas entri dipost atau sebelum??

::MeReKA yANg MenGikuTi::