::LabeLS::

Wednesday, August 13, 2014

:: SunnY GiRL _ 2011::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Aha!! pernah tengok cerita korea "A Successful Story of A Bright Girl"? something like that la bunyiknya.. panjang sangat tajuk.. berbelit otal mak jijah tau!
oke, ni adaptasi dari cerita korea kat taiwan sana nuh....

Nama nya SUNNY GIRL / SUNSHINE ANGEL



aku suka sangat sangat sangat cerita dia ni uolls... cerita korea aku tatau la, aku tak pernah tengok sebab masa tu kan kononnya tak main laaaa cerita cerita korea ni, berbelit laaa nak tengokkkkkk, katanyaaaa.... *padanmukadahkenatulah*

so aku tengok la cerita ni, mula2 aku tengok kat tv jek, tapi cerita dia dah separuh nak habis. makanya aku suruh inche kawan aku tolong download kan ceritanya sebab yelah kan beliau ni pakar dalam bab download mendownload ni...
ehhh bukan pirate tau... aku memang jenis gitu.. aku akan suruh download cerita cerita yang aku rasa nak tengok, kalau memang besh gila aku akan cari DVD nyer.
well cerita ni agak lama la jugak, so nak cari DVD dia adalah berchentaaaa!

oke.. filem ni tahun 2010 ke 2011 gitula... agak lama bagi cerita taiwan. sebab kalau jepun ke korea ke, cerita famous tahun 2005 pon masih ada dipasaran. tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat jugak beli cerita ni. walau macam2 la halangannya dengan DVD copy yang sama la, rosak la... abis laaa... aiguuuu....

pelakon dia memang aku minat, hero and heroin.... like like like sejuta kali. memang sesuai sangat dorang dua ni...
Rainie Yang as Sunny (Sunshine), nama yang diberi oleh nenek beliau sempena nama pulau di jepun, Sunny Islands...
Sunny ni sebenarnya kacukan Jepun dan Cina, nenek dan mak dia asal dari perkampungan yang terletak di pulau jepun, dan ayahnya dari China... kalau tak salah aku.. *mainbelasahhhjeekkk*
hero dia pulak si Wu Chun ni.. dia ni agak femesla... nama dia dalam cerita ni  Di Yaxin, ataupun TR (Tiger)




cerita bermula bila si sunny ni dapat mak ayah yang tak boleh pakai asik nak menipu oranggg je kerjanyaaa!! stress aku tengok mak ayah dia dalam cerita ni, rasa nak sorok dalam terowong besi jangan bagi keluar, hidup menyusahkan anak dengan mak dia jek... dahla mak nya tu (obba-san) tu dah tua...
so si sunny ni terpaksala kerja kat Taiwan sebagai orang gaji untuk bayar balik hutang hutang ayahnya yang tipu orang tu.
pada masa yang ada satu kemalangan antara dia dengan TR, TR ni belon udara dia bocor pastu tersangkut kat atas bumbung bilik mandi Sunny, sampai habis roboh bilik air tu masa Sunny tengah mandi. so permulaan dorang berjumpa tu gaduh bermati2an. sebab sunny ni keras kepala, degil and berani... TR ni pulak ego, kaya, keras kepala jugak.

rupa2nya kat Taiwan sana, Sunny ni kena jadi orang gaji kepada TR.
memang besh masa dia kena duduk sekali dengan TR, sebab dia ni suka susahkan TR and TR pun suka buli dia... lama2 TR ni sebenarnya ada hati dekat Sunny ni, cuma dia segan nak mengaku. Si Sunny pon sama, ada hati tapi tak nak mengaku...
plot bermula bila kawan baik TR dari kecil, Gang Fei ni bertukar watak, dari baik kepada jahat... dia cuba untuk jatuhkan TR dan rebut A'Lovera (sykt ayah TR) ... memang sakit hati wooo nengok si Gang Fei ni... stress gila tgk dia asik berjaya sebab si TR ni bodoh sombong... biasalah anak anak orang kaya kan.
lepas tu ada lak penambah perisa si Angela gedik ni yang tergila gilakan TR dari kecik... dia ni anak kepada kawan ayah dan mak si TR, kira rakan niaga di A'Lovera.
gediks dia tahap nak meninggal oke.... rasa nak bagi pelempang and penyepak sedas... stress aku nengok. dia ni berpakat dengan Gang Fei untuk jatuhkan TR sejak dia tau TR sukakan sunny and reject dia!

wajah2 kejahatan

bermulalah dari situ cerita zaman kejatuhan TR sampaila dia cuba nak bangkitkan balik. sampai macam macam dia buat untuk berjaya termasuk sakitkan hati sunny ni...

nak tau ending? tengok la cerita dia... memang besh la. korang takkan menyesal... sedih sangat bila TR tpaksa khianati Sunny untuk bangkit semula...



0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

::MeReKA yANg MenGikuTi::