::LabeLS::

Wednesday, August 27, 2014

:: Oh! My LaDy_2010 ::

Lepas abis mentengok cerita He's Beautiful dan hati sedang berbunga bunga cinta (puihhhh).
maka perlu teruskan dengan mentengok cerita korea yang lain... teheeee....
kali ni aku tengok cerita 

OH! MY LADY




rasanya tu je namanya... tak macam citer korea lenlain kot... banyak sangat sampai sendiri pening... kang tanya nama ni. nama lain lak keluar.... selalunya kat kedai la... nak beli sunny girl, dia kata takde... pastu tunjuk gambar dia kata sunshine angel...
arghhh peninggg.....


oke
cerita ni dibintangi oleh chae rim dan sung min-woo (choi siwon), kalau tak salah choi si won ni ahli kumpulan super junior kan? ehhh ke bukan? hahaha maapkan hamba kalau tersalah sebab hamba ni takdelah pakar dalam bidang2 korea ini.

cinta baru nak berputik gamaknya.... puihhhh!
ini semua salah Jang Keun Suk *tetiba*



cerita dia pasal si Sung Min Woo (Choi Siwon) ni ada anak luar nikah dengan bekas kekasih dia. bekas kekasih dia dah pergi luar negara jadi dia serahkanlah anak ni kat Choi Siwon ni.
yang heroinnya si Yoon Gae Hwa (Chae Rim) ni pulak kena carik duit untuk besarkan anak dia, sekaligus nak ambil anak dia dari jagaan sekejap oleh bekas suaminya yang dah ada rumah tangga lain.
so dia terima satu kerja ni yang mana dia kena kerja kat rumah si Sung Min Woo.
Yoon Gae Hwa ni tua 7 tahun dari Sung Min Woo... lau tak salah aku la. aku tak ingat sangat dah cerita dia....


lepaih tu pulak keadaan bertambah haru bila si Yoon Gae Hwa ni terjumpa anak Sung Min Woo, dia paksa si Sung Min Woo jaga anak ni. tapi si Sung Min Woo ni tak nak... sebab dia kan lelaki pelakon, lelaki metropolitan, berlagak, ego, kaya....
jadi si Yoon Gae Hwa ni terpaksa la jaga budak ni pada masa yang sama dia kerja di satu syarikat penerbitan.
so disebabkan dia je yang tau rahsia Sung Min Woo ni, jadi dia lah yang banyak jaga dorang anak banak.



banyak kejadian sampaila dia terjatuh cinta dengan si Yoon Gae Hwa ni
untungggg oke! dahla pelakon ternama... hensem... kaya lak tu!! jatuh cinta dengan orang gaji sendiri... tua pulak tu....
haishhhh Jang Keun Suk sila bercinta dengan saya jugak *tua dari awak* ........ ceittttt.....
kena penerajang bagus jugak dak ieyza ni @.@


dipendekkan cerita ada sorang lagi pelakon gediks dalam citer ni yang suka si Sung Min Woo tapi dulu si Min Woo ni kan gatal nak matik. so dia layan laa macamkan perempuan makwe dia, cuma bila dia dah terjatuh cinta dekat Gae Hwa ni terus la dia macam layan tak layan dah, lagipun dia kan dah ada anak... 
banyak la cengkadak perempuan ni sampai kutuk2 Gae Hwa tu...
frust gila bila si Min Woo lebih sukakan makcik tu dari dia... *padan muka*





then dalam citer ni banyak la cerita pasal orang lain jugak. pasal tuan director si Gae Hwa yang ada masalah dengan wife dia.
tapi dia ni baik sangat dengan Gae Hwa sampai mengundang cemburu kat Min Woo
Min Woo ni pulak kerja bawah syarikat tu jugak.

lepas tu perempuan gediks tu dok menggedik sentiasa. 
laki Gae Hwa pulak suka sungguh cari pasal.
pastu semua orang tahu Min Woo ada anak luar nikah then tinggal serumah dengan Gae Hwa. banyak konflik dalam cerita ni.
sambil tu si Min Woo ni cuba nak berbaik dengan anak dia ni yang tak boleh nak bercakap


oke tu jek sinopsis yang aku mampu bagi...
bagi aku cerita ni takdela besh mana pon, sebab banyak sangat cerita pasal orang lain

terutamanya pasal manager Min Woo yang superb jahat nak meninggal tu.
aku tengok cerita ni pon semata2 nak tengok budak comel terlebih tembam tu...
cute gilaaaa!!!!




aku suka watak bodoh2 banggang Min Woo dalam cerita ni tapi aku tak suka kalau dia marah sebab dia suka menjerit...
sakit telinga iollssss.... 
rasa nak pekak sebab pakai headphone... suka sungguh dia ni bertempik
nasib baik JKS ai tak gitu... kahkahkah....

keseluruhan boleh dikatakan cerita ni tak delah besh mana sangat...
bolehlahhhh buat geli geli....
ehhhh?





Tuesday, August 19, 2014

:: He'S BeaUtiFuL _ 2009 ::

Assalamualaikum...

Hi!

Terhegeh2 sangat rasanya buat review ni kan? maklum lah kerja berlambak hoihhh... nak nak lagi encik bosh kena gi outstation jek...
okay now encik bosh takde, so boleh curik masa sikit, memandangkan kerja pon tkde.

nak cerita drama yang aku tengok after sunny girl.
lepas sunny girl ni aku dah seronok lak tengok segala jenis drama.
tapi masa ni still takleh terima la drama korea kononnya...
tak minat uolls!

tapi encik kawan aku ni ada la download satu drama korea untuk aku,
tajuknya;

HE'S BEAUTIFUL / SHE BEAUTIFUL / YOU'RE BEAUTIFUL...



mula mula tu tengoklah separuh bahagian depan, pastu cam tak leh la nak terima.
so tayah tengok tapi terpana la sekejap kat hero dia, cam hensem la jugak... (konon).

sampaila satu hari aku pergi SPEEDY sebab nak cari Hanayori Dango and Sunny Girl.
masa tu beli banyak la kan.. pastu aku ter-ber-kenan kat cerita OH MY LADY tu, sebab ada budak kiut miut yang superb comel bam bam dalam cerita tu.
belilah sebab nak tengok budak comel bam bam tu
tapi masa tu ada sales... beli 1 percuma lagi 1
so paham2 la kalau dah tak minat korea tu, perah otak jugak nak fikir cerita apa nak ambik
agaknya dalam sejam jugakla aku duk tawaf kawasan kedai tu 
last last ambik jugak cerita He's Beautiful ni, memandangkan kenkonon aku pernah la tengok cerita dia, so takpelah belasah jekkk janji free

kalau sape baca blog aku satu lagi tau la cerita ni sikit2,
yang kononnya aku nak save the besh for the last la konon...
so tengokla cerita He's Beautiful ni dulu, hamekkkkkkkkkk!!!!!
padan muka, kena tulah suka sangat judge a food by its presentation...

akhirnya sebab cerita ni lah aku boleh jatuh cinta nak tengok lagi cerita cerita korea ni
dan sebab ni jugakla aku dah ada artis feveret tegar, kipas tak mati mati Jang Keun Suk!!
hensemmmm bak hanggg!




arghhhh menjadi kegilaan sudah diri ini. 
lagipun aku suka gila dia dalam cerita ni, maksud aku watak dia
MR ARROGANT!
winkkkk!!!

okey okey dah....
ni nak cerita sikit drama besh ni! silalah mentengok oke... memang superb besh!! tak rugi ooo korang beli... tapi jangan jatuh cinta dengan hero aku ye.. kahkahkah... *pangggg sedas*

cerita ni pasal seorang gadis yang bernama Go Mi Nyu (Park Shin Hye) seorang gadis biara yang ada kembar tak seiras (lelaki), Go Mi Nam (also Park Shin Hye)
cerita bermula bila lead singer ANJELL, Hwang Tae Kyung (Jang Keun Suk) ni ada kesakitan di peti suara dan si manager cuba cari pengganti nya.
Malangnya si kembar Go Mi Nam ni tetiba kena buat operate mata ke haper ntah kat luar negara, si manager ANJELL dapat tau dia ada adik kembar, jadi terus la dia mintak tolong si Go Mi Nyu ni.
mula2 memang la Go Mi Nyu tak nak, tapi disebabkan abang dia terpaksa dia terima juga tawaran tu, dengan syarat sekejap je benda ni berlaku
bila abang dia balik, dia nak kehidupan sebagai biarawati semula.
kendian, dia pon berlakon la jadi lelaki dan pegang watak sebagai Go Mi Nam
tapi dia ni kelam kabut sikit pastu suka sungguh bawak masalah.
yelah dia kan perempuan, pastu biarawati lak tu... memang kelam kabut bila kena bergaul rapat dengan ahli ANJELL and tinggal serumah, jenuh oii nak cover....
mula mula kehadiran dia tak dapat diterima oleh ahli kumpulan ANJELL, nak nak lagi si HTK sebab dia rasa si GMN ni rival dia la kan.

kehidupan berjalan dengan biasa, walau tak suka kena la terima jugak
sampaila ahli kumpulan ANJELL lagi sorang Kang Shin Woo ( Jung Yong Hwa) dah tau yang Mi Nam ni perempuan sebenarnya, ekceli masa Mi Nam mabuk la dah terbongkar sikit rahsia tu.

lepas dari peristiwa tu, si Shin Woo ni layan la si MI Nam dengan baik giler....
tak dela nak buli2 sbb dah tau perempuan kan, cuma dia banyak nasihat Mi Nam supaya berlagak lebih kelakian sikit supaya tak kena buli
(tp Mi Nam ni tak tau yang si Shin Woo tau dia ppuan)
ahli kumpulan yang sorang lagi, si Jeremy (Lee Hong Ki) anggap Mi Nam ni macam Gay
nak goda semua orang... Jeremy ni bongok sikit... jenis budak2, bodoh2 alang and kelakar
dan si Shin Woo jenis matang, pendiam and cool.

sampai la satu tahap si Tae Kyung pulak yang tau Mi Nam ni perempuan rupanya.....
(aku lupa camne dia tau, hahahaha)
dia lagi bengang la... dia suruh Mi Nam bagitahu semua orang n tinggalkan tempat ni.
bla bla bla... korang tengok la sendiri ye...

klimaks cerita bila semua ahli ANJELL ni dah jatuh cinta dengan Mi Nam
paling comel bila si Jeremy tau Mi Nam ni perempuan... cute sangat aksi Jeremy 

Rahsia Go Mi Nam dah terbongkar
besh oii bila semua orang jaga Mi Nam and tak bagi orang buat jahat kat dia walau sekecil zarah pon, dorang betul2 jaga Mi Nam after rahsia tu terbongkar. besh siot!

Mi Nam baru tau mak dia dah meninggal

Masa nak kenakan si Ho Yee sebab menyampah sangat
dan kehadiran Yo Hee Yi (Uee) sebagai perempuan jahat, gatal and berlagak also penuh kepura-puraan hadir dalam hidup dorang,
terus dia ngaku dia ni kekasih si Tae Kyung, padahal si Tae Kyung ni punyalah menyampah kat minah ni sebab gediks nak meninggal tapi terpaksa terjebak dalam cinta palsu tu sebab si Hee Yi tau rahsia Mi Nam seorang ppuan.



yang paling besh bila si Tae Kyung ni jatuh cinta kat Mi Nam tapi tak nak ngaku and tak tahu pon yang sebenarnya dia dah jatuh cinta.
dia ni dalam cerita ni memang klaka la, asyik gelak jek dari awal cerita sampai la abiss! 
cinta dia dengan Mi Nam memang banyak halangan sebab kehadiran Ho Yee yang cuba pecah belahkan cinta dorang sbb dia pon taruh hati kat Tae Kyung
pastu mak si Tae Kyung ni pon jahat yang amat!! dahla amek laki orang pastu fitnah pulak bini laki tu macam2 sampaila sanggup pisahkan anak dia dengan si anak lelaki tu
lepas tu si Shin Woo pulak yang bersungguh2 nak dapatkan cinta Mi Nam... paling sedih si Jeremy, dia terus lepaskan bila dia tau Mi Nam sukakan Tae Kyung....
Cinta dorang jenis pendam pendam perasan, sakit hati ooo... tak nak ngaku!

aku suka watak Park Shin Yea dalam cerita ni... tapi dalam cerita ni jelah
sebab betul bendul!
tapi luar cerita aku tak minat dia, sebab bila tengok the making cerita ni aku tengok dia
gediksss yang hamat, sebab dia paling muda kat situ kan jadi perangai budak2 dia memang melebih2... smpai boleh meluat la....
so aku tak minat dia, Park Shin Ye tapi aku minat Go Mi Nam = )

tengoklah ye cerita ni, memang besh!!!!!

Pembukaan cerita cam Hanayori Dango


Jang Geun/Keun Suk, Lee Hong Ki, Park Shin Yea and Jung Yong Hwa



Wednesday, August 13, 2014

:: SunnY GiRL _ 2011::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Aha!! pernah tengok cerita korea "A Successful Story of A Bright Girl"? something like that la bunyiknya.. panjang sangat tajuk.. berbelit otal mak jijah tau!
oke, ni adaptasi dari cerita korea kat taiwan sana nuh....

Nama nya SUNNY GIRL / SUNSHINE ANGEL



aku suka sangat sangat sangat cerita dia ni uolls... cerita korea aku tatau la, aku tak pernah tengok sebab masa tu kan kononnya tak main laaaa cerita cerita korea ni, berbelit laaa nak tengokkkkkk, katanyaaaa.... *padanmukadahkenatulah*

so aku tengok la cerita ni, mula2 aku tengok kat tv jek, tapi cerita dia dah separuh nak habis. makanya aku suruh inche kawan aku tolong download kan ceritanya sebab yelah kan beliau ni pakar dalam bab download mendownload ni...
ehhh bukan pirate tau... aku memang jenis gitu.. aku akan suruh download cerita cerita yang aku rasa nak tengok, kalau memang besh gila aku akan cari DVD nyer.
well cerita ni agak lama la jugak, so nak cari DVD dia adalah berchentaaaa!

oke.. filem ni tahun 2010 ke 2011 gitula... agak lama bagi cerita taiwan. sebab kalau jepun ke korea ke, cerita famous tahun 2005 pon masih ada dipasaran. tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat jugak beli cerita ni. walau macam2 la halangannya dengan DVD copy yang sama la, rosak la... abis laaa... aiguuuu....

pelakon dia memang aku minat, hero and heroin.... like like like sejuta kali. memang sesuai sangat dorang dua ni...
Rainie Yang as Sunny (Sunshine), nama yang diberi oleh nenek beliau sempena nama pulau di jepun, Sunny Islands...
Sunny ni sebenarnya kacukan Jepun dan Cina, nenek dan mak dia asal dari perkampungan yang terletak di pulau jepun, dan ayahnya dari China... kalau tak salah aku.. *mainbelasahhhjeekkk*
hero dia pulak si Wu Chun ni.. dia ni agak femesla... nama dia dalam cerita ni  Di Yaxin, ataupun TR (Tiger)




cerita bermula bila si sunny ni dapat mak ayah yang tak boleh pakai asik nak menipu oranggg je kerjanyaaa!! stress aku tengok mak ayah dia dalam cerita ni, rasa nak sorok dalam terowong besi jangan bagi keluar, hidup menyusahkan anak dengan mak dia jek... dahla mak nya tu (obba-san) tu dah tua...
so si sunny ni terpaksala kerja kat Taiwan sebagai orang gaji untuk bayar balik hutang hutang ayahnya yang tipu orang tu.
pada masa yang ada satu kemalangan antara dia dengan TR, TR ni belon udara dia bocor pastu tersangkut kat atas bumbung bilik mandi Sunny, sampai habis roboh bilik air tu masa Sunny tengah mandi. so permulaan dorang berjumpa tu gaduh bermati2an. sebab sunny ni keras kepala, degil and berani... TR ni pulak ego, kaya, keras kepala jugak.

rupa2nya kat Taiwan sana, Sunny ni kena jadi orang gaji kepada TR.
memang besh masa dia kena duduk sekali dengan TR, sebab dia ni suka susahkan TR and TR pun suka buli dia... lama2 TR ni sebenarnya ada hati dekat Sunny ni, cuma dia segan nak mengaku. Si Sunny pon sama, ada hati tapi tak nak mengaku...
plot bermula bila kawan baik TR dari kecil, Gang Fei ni bertukar watak, dari baik kepada jahat... dia cuba untuk jatuhkan TR dan rebut A'Lovera (sykt ayah TR) ... memang sakit hati wooo nengok si Gang Fei ni... stress gila tgk dia asik berjaya sebab si TR ni bodoh sombong... biasalah anak anak orang kaya kan.
lepas tu ada lak penambah perisa si Angela gedik ni yang tergila gilakan TR dari kecik... dia ni anak kepada kawan ayah dan mak si TR, kira rakan niaga di A'Lovera.
gediks dia tahap nak meninggal oke.... rasa nak bagi pelempang and penyepak sedas... stress aku nengok. dia ni berpakat dengan Gang Fei untuk jatuhkan TR sejak dia tau TR sukakan sunny and reject dia!

wajah2 kejahatan

bermulalah dari situ cerita zaman kejatuhan TR sampaila dia cuba nak bangkitkan balik. sampai macam macam dia buat untuk berjaya termasuk sakitkan hati sunny ni...

nak tau ending? tengok la cerita dia... memang besh la. korang takkan menyesal... sedih sangat bila TR tpaksa khianati Sunny untuk bangkit semula...



Tuesday, August 12, 2014

:: haNaYoRi DanGo _ 2005 ::

setelah berzaman lama aku tinggalkan dunia tengok2an cerita drama tv, filem dan sebagainya sebab aku tak berminat dunia artis zaman sekarang...
akhirnya dengan keupayaan kakak aku, dia kembalikan minat aku mentengok cerita jepon.
dia pasang la cerita Hana Yori Dango ^-^
Terus jatuh cinta bila tengok cerita tu, sebab pakwe aku berlakon... puihhhh!!! pakwe masa tulah, sekarang pakwe aku dah lain.. haha... *harusmengataldenganmeluap2*




cerita yang di'adaptasi'kan dari manga jepon... dan macam macam versi la ada...
taiwan - meteor garden
jepun - hanayori dango
korea - boys over flower
(lau tak salah aku la, sebab aku tak tengok versi lain, aku tengok versi jepon.. tk suka pelakon2 versi lain tu..kohkohkoh)

okeh! aku rasa ramai la dah tau kan cerita dia ni, sebab famous kot cerita dia, sampai ada hanayori dango 1, hanayori dango 2 and hanayori dango final (film)

tak silap tahun release cerita ni 2005 (yang pertama)

cerita yang mengisahkan Makino Tsukushi (Inoue Mou) seorang gadis anak kepada keluarga yang hidupnya sederhana miskin.... kena masuk sekolah tinggi orang kaya2.
seriously cerita dia ni memang tak dapat terima cara hidup orang2 kaya kat sekolah dia ni, sebab dia kan miskin pastu dia ni simple and kasar.
satu hari tu disebabkan pernah menyinggung perasaan kumpulan F4 (Flower 4) dia dikenakan kad merah. sehingga saat itu hidup dia jadi kelam kabut, selalu kena buli. kena pukul la, and kena pulau jugak.

sampaila satu hari, dia dah tak tahan sangat sebab bekalan mahal yang diberi keluarga dia tu disepak dan dilenyek oleh kasut Domyouji Tsukasa (Jun Matsumoto aka bekas pakwe aku)
lalu dia pon bengang tahap gila vavis terus tumbuk Domyouji.
bermula saat itu, tanpa disangka sangka, Domyouji (anak usahawan terkaya di jepon) jatuh cinta pada Makino ni.
pada masa yang sama kawan si Domyouji, Hanazawa Rui pon jatuh cinta pada makino jugak (makino tu pon senanya cinta sangat kat Rui tu)

Domyouji Tsukasa yang jatuh cinta dengan Makino Tsukushi


Hanazawa Rui yang juga main main cinta dengan Makino Tsukushi

saat dia mula bersama Domyouji memang banyak sangat halangan yang makino ni terpaksa tempuh. banyak la orang iri hati dan tak suka kat dia sebab rasa dia tak padan dengan Domyouji. Si Rui pon main acah2 sukakan makino dan halangan paling besar bila mak si Domyouji jugak tak sukakan makino sebab makino ni tak setaraf dengan mereka.

macam macam mak domyouji buat, sampaila terciptanya tunangan domyouji dan paksaan domyouji untuk mengahwini shizuka. shizuka tu pon gatal nak meninggal... pastu habis cerita shizuka ada sorang lagi perempuan hospital yang sukakan domyouji sampai ambil kesempatan atas kes hilang ingatan domyouji. ehhhh sakit hati oke! dari episod pertama sampai final, macam macam halangan dorang kena tempuh.... stress gila kot tengok cerita ni... 

shizuka yang gatal melampau... rasa nak tampar je muka dia


nasibla aku suka hero n heroin dia ni, sambil2 tu cerita ni memang lawak abis la... sebab domyouji ni bengaps sikit... apa pon dia tak reti, orang cakap pon dia tak paham, dahla tu selalu salah cakap bahasa jepun... 
so sape yang belom menonton silakan ye. memang besh bangat. memang korang akan jatuh cinta dengan watak domyouji and makino *wink*





oh ya permulaan dia ni sama dengan He's Beautiful



p/s: paling besh dorang ni sebenarnya memang bercinta bila habis je hanayori dango ni... dah 8 tahun simpan rahsia cinta dorang, pandai beteiiii!




::MeReKA yANg MenGikuTi::