::LabeLS::

Wednesday, April 18, 2012

:: VeRsuS :: by Hlovate

Pernah dengar nama tu? Mesti pernahkan? Peminat novel yang tegar harus pernah mendengar/ membaca/ melihat nama beliau. Walaupun aku sekarang ni dah tak setegar mana sebab duit dalam kocek pon tidak berapa tegar begitu berada tapi masih familiar dengan nama itu.
Aku mula tertarik dengan hasil penulisan beliau melalui seorang kawan. Kawan aku tu kasik aku pinjam nivel Hlovate ni yang bertajuk 5Tahun 5Bulan. Walau tak seminat mana pada beliau seperti mana aku meminati Nass Alina dan Ahadiat Akashah tapi bagi aku beliau berpontensi untuk terus maju. Jadi, baru baru ni sudah membeli buku beliau bertajuk 'VERSUS'


Review aku::
Kurang menyengat. ceritanya nyata tak se'gah' 5T5B, tidak sehangat itu. bagi aku hanya biasa biasa saja. ayat dia tak lagi terperinci sepertimana hasil dalam 5T5B dimana engkau rasa engkau yang ada dalam watak itu! Sayangnya...
Namun, apa yang bagusnya buku ni ia banyak menerapkan nilai nilai agama. terlalu sarat dengan persoalan dan tentang agama sehingga serba sedikit ada rasa berilmu la kerana ilmu2 yang dikongsi itu -..-''


Gaya perceritaan still biasa biasa saja, seperti baru belajar nak menulis. sedangkan bagi aku nama beliau cukup sudah gah bagi kaki novel macam aku ni. baca cerita depan sudah tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan apa endingnya sendiri.


Apapun aku tabik spring pada beliau sebab berani membawa kelainan dalam hasil penulisan beliau walau tidak begitu menyengat! memang ternyata lain dari 5T5B. jadi, 2 bintang dan 43 peratus




-----------------------------------------------------------------------
sinopsis::
I

"Please Minn. Bukak tingkap bilik you." 
"Huh?" 
"I'm freezing right outside your window. On the roof"
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih ditangan. "You what?"
"No Kidding. Please..." balas Ashraff Omar. Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO" 
"Minn, I'm dead serious" Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina. "Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"

II

"Not a step away from that spot, AO" Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you"
"Back. Off" 
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang. "I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.


3 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:

Anonymous said...

dah pernah baca novel [Tunas] & Aa + Bb by Hlovate? Kalau belum, harap2 dapat baca, sebab novel tu memang menyengat habis. Novel [Tunas] mengingatkan kita tentang zaman persekolahan dan kawan-kawan.

Unknown said...

ooo yeke? belom baca lagi tunas... Aa+Bb tu rasa cam dah pernah baca tapi blom sempat nak buat review.
tapi versus ni menghampakan. hurmm...

Anonymous said...

Novel hlovate paling BEST. hanya org yg betul2 faham akan faham novel2 hlovate ni. Apa yg dia nk sampaikan bukan hanya utk keseronokan nk bcinta aje mcm novel lain yg mmbawa kpd kelalaian bahkan novel hlovate ni gaya selamba mengingatkn kita pada Pencipta kita. Harap kenali dulu sebelum komplin. Sekian, maaf.

::MeReKA yANg MenGikuTi::