::LabeLS::

Thursday, July 29, 2010

::maHLigAi dI uFuK deJa'Vu:: by Farahnina Zulfar

komentar aku...
cerita ni memang bes! walau pada mulanya agak slow tp bila dah sampai bab Juliana menerima cinta dalam hidupnya tu bermulalah juga konflik dalam hidupnya. Aku paling suka bila dah baca sampai pertengahan bab, konflik hidup dia semakin hebat sehingga dia berkahwin dengan Danny pon hidupnya selalu diduga... memang aku kesian sangat kat dia dan akhirnya aku memahami bagaimana seorang itu boleh jadi gila dan apa yang mereka fikir... aku dah belajar dari novel ni... terima kasih pada farahnina.


watak2 yang digarapkan dalam novel ni sangat bagus smpai aku rasa simpati pada Juliana dan benci yang teramat pada watak sherina, farhana dan emak Danny...hidup Julia merana kerana mereka dan aku memang tak boleh terima watak Danny yang bodoh sangat2 tu... langsung tidak bersyukur dengan kehadiran Julia dalam hidupnya...yang dia tahu dengar setiap fitnah mak n adiknya...laki tak ada otak! macam mana seorang ibu sanggup buat begitu pada anaknya? sanggup untuk menolak kebahagiaan anaknya? aku betul-betul tidak faham... dan akhirnya bila sudah terjadi perkara yang tidak terduga tu barulah Danny tu nak berbaik-baik dengan isterinya,berterus terang dan mengaku cinta... bodoh sungguh!


aku beri 82% dan 3 bintang untuk cerita ni, ranking best boleh diberikan thumbs up!
so korang bolehlah cekitouz this novel cuma aku tak pasti novel ni masih dikeluarkan atau tidak sebab cerita dia dah lama aku rasa kerana buku yang aku beli ni pun second hand dan kertas dia dah kekuningan dah pon... hahhahhaha!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Cinta tidak pernah diundang, sekali datang ia mengamit rindu yang bertandang. Rasa yang sukar diungkap. Indah dipandang tapi sukar dipegang. Mahu saja dia lari tapi lembutnya memikat. Sabarnya selaut. Cinta dan sayang yang melimpah kadangkala melemaskan amat sukar untuk direnangi. Cemburu memaniskan cinta, tapi ia juga racun berbisa. Dimanakah nilai cinta seorang lelaki, kalau dia terpaksa menanggung derita, duka dan aib.
Alangkah senang memohon kemaafan, setelah sekeping hati dan keercayaan dihancurkan, rindu bertukar benci yang tidak bertepi. Malah kadangkala menjadi dendam yang membara.





:: prIncE cHaRmiNg:: by Ratu Bulan

Aku baru jea habiskan pembacaan novel ni semalam...akhirnya tamat jugak pembacaan aku itu (saja aku bc lambat2 sbb dalam tren aku tak tahu nak buat apa, jadik novel adalah peneman terbaik aku buat masa ini)
Dan sekarang kerja aku adalah untuk mengkomen (hurmmm... mcm la aku ni terrer sgt...ahahaha)

Bagi aku citer ni bolehlah dikatakan agak best atau dengan erti kata lain, boleh tahan la... sebab penceritaan dia bersahaja dan klaka jugak (aku tahu bukan senang nak buat lawak dgn penulisan)

Tapi, tak adalah sebest giler seperti yang digembar gemburkan oleh peminat-peminat novel yang lain, bg aku novel ni biasa-biasa aja... jalan cerita menarik cuma aku kurang suka.
mungkin kerana aku tak menghayati watak Nazrul dari awal lagik sebab aku sedikit pon tak menjangka yang dia adalah hero sebenarnya... jadi aku cuma pk hero yang hensem2 macam watak Fiq dan Rezza...(biasa lah mana-mana pun atau siapa-siapa pon akan memilih watak hensem sebagai hero mereka)... jadi aku agak terkilan bila bukan mereka yang menjadi pilihan Nurul.

Aku boleh bagi 70% markah untuk novel ni kerana terbahagi kepada dua iaitu pertama sebab dia klaka dan bersahaja... dan sebab kedua cerita-cerita, plot atau klimaks yang ditimbulkan dalam citer ni aku dah boleh jangka, macam Nazrul dan Nazrin, siapa yang buat carta Prince Charming tu dan bila baru saja sampai pertengahan cerita aku dah boleh agak macam mana endingnya dan siapa heronya.
Dan aku bagi 2 1/2 bintang...

papepon untuk peminat novel yang ingin hiburan ringan aku sarankan baca novel ni sebab tak terlalu kompleks dan mudah untuk difahami.
hope penulisan Ratu Bulan selepas ini lagi bagus dan bes, akan ku nantikan novel seterusnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming."Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?







pssssttt~~
yang aku angankan:: Liyana Jasmay as Nurul Izzati
                               Shahrul (Ali KAMI) as Fiq
                                                 as Rezza
                               Nas-T as Nazrul/Nazrin
                                                  as Sofea

Tuesday, July 27, 2010

::LageNDa bUdaK SetAn:: by Ahadiat Akashah

inilah novel pes yang menjadi hak milik aku sendiri... kakak aku belikan tok aku sempena harijadi aku, tak salah masa tu aku berada ditingkatan 3... ntahla aku pon da lupa dah... terlalu lama bnda ni berlaku.
Dan tak sia-sia kakak aku hadiahkan novel setebal ini sbb jalan citer dia memang mantopp sangat... byk konflik yang melanda smpai aku dah berapa kali menangis baca citer ni bila tiba tang klimaks nya (aku dgn tidak malunya mengaku hak3) walaupun diulang baca aku tetap nangis, maybe sebab aku terlalu menghayati watak2 dalam novel ni... dan aku jugak yakin semua remaja2 mudess belia kat luar sana sudah tentu pernah baca novel ni kan... sejak dari novel ni jugaklah hati aku dah melekat nak baca setiap hasil tulisan ahadiat dan jadi die hard fan dia... selain buat citer gila2 merapu dan meraban tu aku memang betul2 tak sangka ahadiat mampu buat citer sebaik ini.

sesiapa yang sudah baca tu apa pulak komen korang dan sesiapa yang masih belum dapat baca novel ni, luangkanlah masa korang tu untuk baca novel lagenda budak setan ni, tak sia-sia punya... hehehhehe... aku dengar ada sambungan citer dia KATERINA kan?? tapi sorry to say...aku mang xhingin langsung beli sambungan dia ni sebab aku tak suka that gurl name katerina... dan pd masa yg sama aku ada terbaca ritu lepas katerina masih lagik ada sambungan...hurmmm yang tu aku kena chekitouz la...sbb bnda tak pasti

dan aku ada dengar citer ni dah difilemkan dan dah pecah panggung pon... tp aku pd mulanya macam tak berminat untuk tengok citer filem dia ni sebabnya aku memang tak minat sangat pelakon yang dia amek tu (pada peminat2 lisa surihani, raja farah n fazura... aku mintak maap byk2 la sbb aku xmang tak minat dorang n xboleh nk jaga aty korang dgn kata aku minat dorang ni)... tp mengenangkan farid kamil yang jadik hero aku da jadik serba salah sikit, sebab aku agak minat la kat mamat ni walaupun tak delah sampai jadik die hard fan dia coz aku tak minat gila kat dia cuma aku suka lakonan dia, mmg terbekas la kat aty... walau apapun AHADIAT,KEEP UP THE GOOD WORK! aku harap sangat dia menulis semula dan tulis novel macam2 ni (sbb byk jugak novel dia yg merapu meraban tu hak3)...

LAGENDA BUDAK SETAN is THE BEST!!



---------------------------------------------------------------------------------------------


sinopsis::  Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?





pssstttt~~
pelakon: (UPDATE LATER)

Monday, July 26, 2010

::seLamaT penGAntIn BarU istERikU:: by Nass Alina Noah

Neyh satu lagi hasil nukilan Nass Alina Noah yang aku suka jugak... pada permulaan citer tu memang agak bowink...boleh dikatakan bowink giler r... hak3 sebab macam tak tercapai di akal ku gitu... yelah dia kan suka buat citer pelik2... then part mula dah start best bila dia jadik anak angkat satu keluarga ni (keluarga Addam)... walau citer dia kureng masuk akal (sbb cara dia treat adik angkat dia tu mcm xlogik smpai ikat kat pokok semalam la) tp aku sudah boleh menerima sikit demi sikit sehinggalah terbitnya perasaan cinta antara Qisti dan Addam... tang situ mang da mula bes...aku pon makin teruja membaca... so lastly bolehla dikatakan ending dia boleh tahan sblm ending yg ptama tu aku mang xleh timer...aahhahaha... n keseluruhan citer dia pon leh tahan... aku bg 3 bintang....
citer ni aku bolehla sarankan kat korang tok baca tp harap bersabar sebab depan dia agak membosankan, aku tahu memang susah nak buat permulaan citer sbb aku juga sedang cuba mengarang skrg... bila da tengah tu bes sangat... xsia-sia aku habiskan duit untuk novel yang tebal melebihi kamus dewan bahasa dan pustaka mahupun oxford itu hahahahha!!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis:: Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.
Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?



::MeReKA yANg MenGikuTi::