::LabeLS::

Monday, December 29, 2014

:: SECRET GARDEN _ 2010 ::

Annyonghaseoyo!
Pepandai sendirikla eja tu kahkahkah!
-_-

Assalamualaikum...
Dah lama tengok baru teringat nak review
sebab banyak sangat cerita dah tengok sampai terlupa
ni pon rasa cam banyakkk je lagi tak review...

SECRET GARDEN

genre: romantik, komedi, fantasi, aksi
episode: 20

blingggg..!! mata bersinar-sinar nak review!
heeee...
sebab cerita ni besh sangat sangat sangat 1000x
pastuh minat pulak kat hero and heroin
rasa cam dorang ni ada kimia, sesuai jadi pakwe makwe realiti
tapi lagi sesuai kalau Hyun Bin jadi pakwe gua...
kahkahkah.... dah kau kenapa? semua orang kau nak....
seriously tangkap cintan dengan hyun bin oppa! auwww
pehal romantik sangat nih?

romantik masa nak sit up.. pehtu nanti bangun tenung Ra-Im
gelabah tau.. terasa diri ada kat tempat Ra-Im... 
*hikhikhik - gelak tutup mulut sambil duduk bersimpuh*



pehtu pehtu pehtu...
masa kena tidur satu rumah, Hyun Bin dok depan mata sambil pandang Ji-Won lama-lama
mak aii melting betul tengok renungan abam... rasa nak pitam!



okeyyy okeyyy nak review... nak review... kang sewel jugak kalau diteruskan ni

cerita pasal Gil Ra-Im (Ha Ji-Won) yang dah kematian kedua orang tuanya dan 
dia tinggal satu rumah dengan rakan baiknya Im Ah-Young (Yoo In-Na)
disebabkan tuntutan hidup dan hidup sebatang kara, 
Ra-Im memilih untuk menjadi seorang stuntwoman.. dia sanggup lakukan aksi apa saja untuk menyara hidupnya dan Ah-Young bekerja disebuah pasaraya milik orang kaya muda yang berlagak nak matikk!


Kim Joo-Won (Hyun Bin) seorang ahli perniagaan muda yang berjaya, kacak, sombong, berlagak, annoying dan suka memperlekehkan orang
dan ada masalah dengan tempat yang tertutup
dia fobia dengan tempat sempit dan tertutup atas sebab2 kemalangan yang dia hadapi masa dia kecik-kecik dulu, tapi dia hilang ingatan dan family dia pon tak nak bagitahu



satu hari tu dia bertemu dengan Ra-Im masa Ra-Im tengah berlakon jadik stuntwoman
dan dari situ dia terpikat dengan perwatakan Ra-Im
dia cuba la dekati Ra-Im ni tapi menyesal sangat dan tak dapat terima kenyataan
bila dia tau Ra-Im ni miskin gila dan tinggal di kawasan perumahan buruk
so dia memang kecewa la jadi dia terus tak nak kat Ra-Im dan cuba buang Ra-Im dari hidup dia tapi malangnya setiap hari dia mesti nampak Ra-Im 
kat mana-mana dia ada dia akan terbayangkan Ra-Im sampai macam orang gila dah
pastu mula la dia baca sajak dia 
comel gila oppa!!


macam mana pon dia ni dokla kacau Ra-Im sebab dia suka cuma tak leh terima kenyataan
sampai la satu masa mereka ni terhilang masa camp lepas tu masing masing bertukar roh
bila sama-sama minum air yang diberikan oleh penghuni Secret Garden dalam hutan tu

memang lawak la masa Joo-Won seorang lelaki berlagak kena menggeletis jadi perempuan
dengan lembut2 nyer, dengan tempik2nya... hahaha rasa nak sepak je 
comel gila bila tengok lesung pipit dia masa dia malu2
Ra-Im takde efek sangat bila jadi lelaki sebab dia memang kasar pon dalam cerita ni

tapi roh mereka tak kekal selamanya, dorang akan bertukar balik bila hujan turun
setiap kali hujan setiap kali tu mereka akan bertukar kalau terkena

ada yang kata cerita dia ni boring pada pertengahan
tapi bagi aku satu pon tak membuatkan aku bosan, 
setiap saat buat hati aku bunga bunga je.. kadang sengih sorang sorang
kadang terasa... alahaiii kenapalah bukan aku jadi Ha Ji-Won aka Gil Ra-Im ni
kang kapel betul2 dengan Hyun Bin oppa kang :p

tapi paling sakit hati bila tiba cerita mak Joo-Won ni
tengok muka pon dah menyampah apatah lagi nak layan perangai dia
paling sedih Joo-Won ni ikut cakap mak dia sampai dia kata kecewakan hati Ra-Im
dia bagitahu yang dia main-main je dengan Ra-Im ni
perghhh menyirap darah, rasa nak bangun pastu terus blah pastu terus tak muncul2
biar oppa gila sensorang... boleh?

tapi akhir cerita dia sedih sangat sangat
menangis nengok... sama-sama menangis dengan oppa
sehati sejiwa sangatkan? teheeee
bila Ra-Im kemalangan, cerita mula jadi klimaks berbukit-bukit
sakit hati + sedih 


nak tau kesudahan episode? mohon tengok... memang besh gilak
ingatkan dah takde cerita besh selain he's beautiful
ADA!! sama2 bersaing... sama2 hebat!!



Tuesday, December 16, 2014

:: MARRY ME MARY _ 2010 ::

Yuhuuuuuu!!!!

Assalamualaikummm.....

Jawab sayang, tak jawab dosa....
Ewahhhh tetiba feeling Maria Elena... hiksss
Lamaaaa beteiii tak tengok Vblog dia.. dia pon dah lama tak update khensss


Okeh! now nak review cerita kakak kesayangan dengan pakwe hati dengan scandal ehhhh....
banyak bebenooorr!


MARRY ME MARY aka MARY STAYED OUT ALL NIGHT


Genre: Romantik, Komedi

Episode: 16

Memula takmo tengok tau cerita ni, tahan jugak nakmo tengok walau kekasih hati yang berlakon..

sebab tengok perempuan dia... pehal ke pelik benorrrr???
dengan rambut kembang macam sarang tebuan! langsung tak terurus... menyampahh!!

ehhhh sekali lama tu dapat tau... rupanya dia kakak kesayangan

ehhhh kenapa tak cam ni... kenapa? kenapa??????
grrrrr
terus la laju2 tengok online. wajib la... dah la heroin tu kakak kesayangan
hero pulak pakwe sendiri lepas tu terpaut hati pulak kat second hero... oh myyyy!!!!!
terus buat jadi scandal, macam haper jek perangai. muahaahha!
tapi seriyes tak berkenan langsung tengok kakak dalam cerita ni... rasa nak tampa laju2
rambut dia tuuuu... faileeddd!!!

moon geun young

sangat berbeza watak yang dia bawak... berbeza dari Cinderella Sister...
dalam ni dia jadi periang, banyak cakap, menyusahkan orang... 
and kurenggg cantik dari dalam cinderella
macam tak caya bila tengok balik cinderella sister tu dia yang berlakon

okey... cerita ni mengenai seorang gadis yang bernama Wi Mae-Ri (Moon Geun Young) 

tapi orang panggil dia mary.. dia ni dah kehilangan ibu dia dari kecik lagi
and dia tinggal dengan ayah dia.
bila dah besar dia dok sensorang memandangkan ayah dia ni kena larikan diri 
ke merata-rata tempat sebab banyak berhutang
so mary ni pon kena la cari kerja sana sini untuk dapatkan duit tampung hidup sendiri



satu hari tu dia keluar dengan kenkawan dia and berlakunya insiden dia terlanggar si hero

pakwe kesayangan gua jang keun suk 
takut pemuda ni peras ugut dia, dia cuba cari pemuda ni sampai dapat
bermula dari situ la dia selalu je bersama dengan Kang Mu-Gyul (Jang Keun Suk)



kendian, tetiba je ayah Mary berjumpa dengan kawan lama dia yang baru balik dari Jepun
dan disebabkan kisah lampau mereka, kawan ayah Mary ni nak jodohkan 
anak dia dengan Mary.
Anak dia ni pulak jenis malas nak bercampur dengan orang. macam berlagak pon ada jugak
tapi baik dan bertimbang rasa dengan pekerja nya.
tapi aku rasa anak dia ni Byung Jun-In (Kim Jae-Wok) ni sukakan si actress tu memula
sebab nampak dari cara dia macam dia in love dengan Seo-Joon (Kim Hyo-Jin)
eeiiiyyy tak suka tak suka...
seriously gua tak suka Seo-Joon tu... jahat gila... 
rasa nak tampa-tampa muka dia kalau ada depan mata
dahla gua minat Jung-In dalam cerita ni... amboihhhhhh

tapi Jung-In ni terima jugak Mary atas sebab urusan perniagaan antara dia dengan ayah dia
dalam pada masa yang sama Seo-Joon ni pon masih menagih cinta lama
dengan bekas kekasih dia Mu-Gyul
tetiap hari nak jumpa, tetiap hari nak bersama... tetiap hari menggediks
eiii benci!!!





lama-kelamaan si Jung-In ni jatuh cinta betui2 dengan Mary
dia rasa Mary ni lain dari yang lain, ada special nyer.... 
tapi Mary masih anggap Jung-In cintakan dia sebab urusan pernigaan bukan memang ikhlas
dia pulak jatuh cinta kat Mu-Gyul and Mu-Gyul pun sama
paling besh masa Mu-Gyul ni buat muka jeles masa buat persembahan kat tmpt Jung-In
and romantik sangat masa dia tujukan lagu untuk Mary kat persembahan tu
lahaiiiiii cairrrrr tawwwwww!!
terus tetiba bayangkan diri sendiri bercinta dengan Keun Suk, 
tapi pada masa yang sama kena cover-cover dari pihak media, 
sebab makkk orang biasa, hanyalah PA kepada pengarah syarikat media
pastu nanti Keun Suk kasik lagu kat gua yang duk tengok dia antara ribuan penonton
pehtu pehtu masa aiolls tengah bincang2 dengan pengarah tu japlagi Keun Suk jeles2 
sambil jeling2 maut la kan, org yang minat keun suk pon nampak pehtu dia sakit hati

ohhhhh myyyy panjang betul angan2 kau ieyza!!! lempang sebijik biar kembali ke alam realiti sikit kau ni!


Tengah membara cemburu, soooo cuteee!!

tapi cerita memang dipenuhi adegan romantik antara Jung-In dengan Mary
dan adegan klakar antara Mu-Gyul dengan Mary
tapi paling klaka masa masing2 nak buat jeles kat enemy masing2
masa Mu-Gyul tepon Mary dalam kereta Jung-In, nampak betui muka puas hati Jung-In dapat kenakan Mu-Gyul
dan masa dia tepon Mu-Gyul malam tu then tersalah paham tu...
klaka gila...




oh ya, ada sebab jugak kenapa Jung-In ni tetiba bertambah suka dekat Mary
sebab ingatan dia pulih sikit demi sikit masa zaman kekanak dulu
kisah dia dengan Mary

dua2 hero gua suka sebab tu gua boleh suka, minat and layan cerita ni!! 
terbaikkk!!!

"Boku Ga Iru"

Wednesday, December 03, 2014

:: PerSOnaL tasTe _ 2010 ::

Hye All!!

Assalamualaikum!

nak review cerita korea...
jarang dah tengok cerita jepun sebab tak besh.
plus macam dah tak de je cerita sebest Hanayori....
takpe, nanti try carik lagi cerita-ceriti terbaik jepung!

PERSONAL TASTE aka PERSONAL PREFERENCE




Genre: Romance, Comedy and Drama
Episode : 16 

Cerita pasal Park Gae-In (Son Ye-Jin) yang tinggal dalam rumah yang dipanggil Sanggojae, emmm pe ek maksud dia? dah lupa... kahkahkah... 
tapi adalah maksud tersendiri. Sanggojae ni rumah tradisi orang-orang Korea
yang dibina sendiri oleh ayah dia.
Tapi dia ni tinggal sensorang je sebab ayah dia ni tak suka duduk rumah tu
sebab rumah tu nanti mengingatkan dia (ayah Gae-In) kepada isterinya (mak Gae-In)
yang dah meninggal dunia kerana kemalangan dalam rumah tu sendiri
nak tau apa bentuk kemalangan tu sila tonton sendiri.

Gae-In ni pon dah ada boyfriend tapi tetiba je pakwe dia ni mintak putus dengan Gae-In
setelah lama gila dorang kapel..
sebenarnya pakwe dia ni dah tersuka dekat kawan baik Gae-In
kawan baik pulak jenis jahat punya olang... memang terus rampas la
sebab dia ingat pakwe Gae-In ni hebat, kaya dan perfect man
macam mana yang Gae-In selalu agung-agungkan

tah macam mana (sebab dah lupa) ayah Gae-In (kot) ada hutang dengan bank (kot)
jadi kalau dia tak dapat bayar hutang tu nanti rumah dia akan dilelong
(ntah, aku tak paham langsung cerita tang sini, sama ada aku memang tak amek tau atau aku dah lupa)
Jadi Gae-In pun macam serba salah dan cuba la nak jual hasil kerja (perabot2) dia untuk bayar balik duit2 tu semua

kebetulan pulak, ada seorang arkitek Jeon Jin-Ho (Lee Min-Ho) yang cuba untuk bertanding dalam Dam Art Center (pemenda ntah) cuba untuk tiru rekacipta Sanggojae ni.
Jadi dia berpura-pura jadi Gay untuk membolehkan dia tinggal dalam rumah Gae-In
Gae-In yang naif dan perlukan duit masa tu terima je lelaki ni 
lagipun dia memang anggap laki ni Gay sebab beberapa insiden masa awal cerita dulu.

Sampai la satu masa Gae-In jatuh cinta dengan Jin-Ho tapi tak nak ngaku
sebab dia tahu Jin-Ho takkan terima cinta dia sebab kan Jin-Ho gay.
pastu satu persatu rahsia terbongkar
daripada tahu Jin-Ho bukan gay sampai la dia tahu Jin-Ho nak tiru reka bentuk umah dia
dan bekas kekasih dia nak balik dengan dia...

untuk itu korang kena tengok la cerita dia kalau nak tau 
apa yang terjadi pada cinta Gae-In dan Jin-Ho

bagi aku cerita dia so-so je, tak de lah besh sangat sangat pon
maybe sebab aku sendiri memang tak minat lee min-ho tu
tapi cerita dia memang romantik la, tang romantik ai loikeee hahaha




romantik kan????? heeeeee ^_^

:: JIGokU SHouJO_2007 ::

Assalamualaikum.....

nak review satu lagi cerita dari manga japan pastu dialih ke anime 

dan kemudian di lakonkan pulak
dasat jugak la.. semua dia ada kehkehkeh

cerita orang jepun ni biasalah... kurang realiti nya, mengarut je banyak 

jadi kena lah pandai pilih.
macam cerita ni pon mengarut, 
tapi disebabkan aku teringin sangat nak tengok siapa jadi 
Enma Ai versi manusia so tengok jelah.
sekali sesuai kau!!

memang sesuai sangat, chubby2 memang macam dalam karakter 
pastu suara dia pon lembuttt jek...
kawan kawan dia yang lain pon sesuai nak nak lagi yang jadi Hone Onna




Iwata Sayuri aka Enma Ai 
emang sesuai banget sih!


Sugimoto Aya aka Hone Onna
Nih paling sesuai!!! sangat sangat!

JIGOKU SHOUJO aka HELL GIRL




Genre: Drama, Horror

Episode: 12

Kalau nak diikutkan drama ni dia tak cerita la secara keseluruhan 
kenapa Enma Ai ni tetiba jadi penjaga pintu neraka
tapi kalau tengok anime ada dia cerita macam mana Enma Ai ni mati dan kemudian dia kena tebus dosa-dosa dia untuk roh dia di hitung dan ke alam seterusnya
dimana dia kena heret mereka-mereka yang jahat ni masuk neraka 

aku tak tau sangat jalan cerita sebenar sbb aku tak sempat nak mengikuti anime nyer

lagipun aku lagi suka cerita manusia dari versi anime.
aku payah sikit nak tengok anime ke kartun ke pape jelah yang sewaktu dengannya
tapi cerita dia lebih kurang macam tu la.

so dalam 12 episode ni dia bahagi satu episode tu cerita lain-lain

dimana setiap cerita akan ada orang yang akan mintak pertolongan dia dalam laman web HELL GIRL...
haaa kauuu mampu?? gadis neraka cipta laman web!
kira macam sesiapa yang nak balas dendam dia kena buka laman web tu jam 12 malam 
dan tulis nama orang yang dia nak cabut nyawa tu

kendian Enma Ai akan datang dan cerita panjang2, skrip sama setiap hari
mesti dia bosan kan tetiap hari kena cakap benda sama
kalau aku, mau aku tape kan aja. lepas tu pasang bila orang dah panggil
hahaha!
tapi Enma Ai ada satu syarat la bagi setiap pertolongan dia tu,
setiap orang yang nak dia cabut nyawa tu dan dihantar ke neraka tu
orang yang buat permintaan tu pon bila dia mati nanti dia akan terus dihantar ke neraka
tanpa banyak soal. so kira macam roh dibalas dengan roh juga la

tapi Enma ni bukan la bodoh, senang-senang nak cabut nyawa orang anta neraka
takkkk... dia tau orang yang dia nak tolong tu jahat ke baik
dia nilai dulu orang-orang yang mintak tolong dia tu
kawan-kawan dia nanti jadi spy la...
gituuuu......



Kato Kazuki as Ichimoku Ren


Ogura Hisahiro as Wanyuudou



itu jek yang mampu aku nak cerita, 
sebab aku kurang pengetahuan pasal cerita ni
maklumla tak tengok versi anime
tapi seriously aku suka Enma Ai dalam cerita ni
tu yang aku mampu nak tengok jugak sampai habis

so korang kalau nak tonton cerita-cerita ringan bleh tgk cita ni
tak sakit kepala :)

::MeReKA yANg MenGikuTi::