stress baq hanggg!
tapi tulah, cam tak besh lak nak update sini... aishhh... takpelah kita terus ke cerita yang nak direview seterusnya.....
A FUNNY WILD GIRL
(Country Princess/ Her Majesty/ Courageous Girl/Lady of Dignity)
Tak salah aku, aku start tengok cerita ni masa aku tingkatan 6 rendah..
Cerita ni rasanya tak famous sangat sebab pelakon dia tak cantik and tak hensem kot... (bagi dorang la, bagi aku okey jekkk.. aku suka jek hero and heroin cerita ni)
Cerita dia seriously sangat besh!!! terlajak laris gituhhh... (errr bagi aku laaaaa)
Sampai sekarang aku masih cari VCD dia... tapi hampa arrrr.... dah memang tak wujud...
Dulu aku pernah nampak, tapi tak terbeli sebab masa tu kan masih budak sekolah, maka mana la aku nak cekau rm100.00 tu.... fengggsaaaannnnn.....
Tapi bila aku perati2 kan review dari peminat2 cerita ni, dorang kata VCD tu subtitle dia China, takde melayu punya.... so hikmah la kot tu kan aku tak terbeli....
Tapi tetap la rasa kecewa..... sobsobsob....
Okey, cerita dia ni aku dah tak ingat sangat... so aku recall sikit2 jelah ek....
Lee Eun Hee (Bae Doo Naa) dan Lee Keum Hee (Kim Yoo Mi) ni dilahirkan serentak, masa dan tarikh yang sama, cuma tempat yang berbeza. Kalau tak salah aku la... si Eun Hee ni anak luar nikah seorang ahli perniagaan yang terkenal and berjaya la. Tapi ayahnya ni meninggal... aku dah lupa sebab apa...
Si Keum Hee ni pulak anak peladang lau tak salah aku... hidup dorang ni sederhana je... tak kaya and tak la miskin sangat. masih mampu la nak sara hidup.
Mak Eun Hee lahirkan dia dalam rumah ladang ayahnya si Keum Hee, yelah dah nama pon anak luar nikah kan... so mana orang boleh tau. Pehtu ayah si Keum Hee terjumpa la baby ni (maknya meninggal), so dia bela la si Eun Hee.
Tapi maknya Keum Hee ni tak suka la dengan Eun Hee, sebab dia salah sangka... dia ingat laki dia ni ada perempuan lain and tu anak luar nikah laki dia. so memang dia benci gila dengan Eun Hee. Tapi hidup dia biasa2 je sampaila ayah angkat dia ni (ayah Keum Hee) meninggal dalam kebakaran di rumah ladang dia (Keum Hee ni la yang bakar sebenarnya.. tapi aku lupa sebab apa)
Dari situ hidup Eun Hee jadi susah, mak angkat dia kan tak suka dia. So mak angkat dia ni sanggup suruh dia berhenti sekolah untuk bagi Keum Hee teruskan pelajaran dia.
Bila masing2 dah besar, perangai Keum Hee ni jadi berubah. (tak salah aku masa dia kecik dia baik je dengan Eun Hee) dia jadi penjeles dan tamak haloba serta menjual ikan (selfish.... selfish ye, bukan selfie... itu lain cerita)
Ada sorang mamat ni (dia jumpa masa larikan diri ke SEOUL sebab mak dia paksa dia berhenti sekolah) , Min Ji Hoon (Kang Dong Won) suka dekat Eun Hee, tapi si Keum Hee ni usaha gila2 supaya lelaki tu pandang dia je, maka dia cerita yang buruk2 sal Eun Hee and rampas lelaki tu la sekaligus.
sempat kapel sebelum dirampas
Kat situla (kedai dobi) dia jumpa dengan Seo In Woo (Shin Shung Woo), paling besh masa dia jumpa In Woo ni kat pejabat peguam, dia ingat In Woo ni peguam, punyalah dia berlakon nak dapatkan simpati (sebab dia ditimpa kemalangan, tapi insuran tak nak cover)
In Woo ni karakter dia berlagak sikit, tak suka budak2... and dia tak suka kan si Eun Hee tu sebab Eun Hee selalu bawak masalah pada dia.
Tapi jodoh dorang ni kuat, sebab si Eun Hee ni akhirnya keje kat syarikat In Woo.
So banyak la adegan2 menarik and lucu antara dia dengan Eun Hee and paling besh part romantik. Masa dia sedar dia suka kat Eun Hee sebenarnya. Pelbagai halangan dan rintangan la cinta mereka. Perniagaan In Woo pon banyak rintangan.
Si Keum Hee ni hidup senang lenang, kaya raya sebab datuk si Eun Hee yang kaya raya tu datang cari Eun Hee, tapi si mak Keum Hee ni tipu kata Keum Hee la cucu datuk tu yang sebenarnya. Jadi hidup mewah la Si Keum Hee.
Sampaila satu tahap si Keum Hee ni cuba goda In Woo pulak dan Eun Hee tau mak dia ni banyak menipu dia untuk kesenangan sendiri, sampai la tipu datuk dia... so dia dah tak boleh terima lagi segala kejahatan yang mak and adik dia (Keum Hee) buat.
Beshhh ooo bila tang sini, sebab selalu nanti akan jadi baikla apala kan. tapi si Eun Hee ni tak... dia jalankan kehidupan dia tapi dia dah tak nak ada hubung kait dengan mak and adik angkat dia.....
Dan besh jugak bila datuk Eun Hee tau Eun Hee adalah cucu sebenar dia.....
Memang thorbaik laaa cita ni, tapi tula sayangnya dah tak wujud dah cita dia. Kalau keluar balik kan besh... ishhhhhh napela cita ni kuar awal sangat? hahaha
Pape pun, suka Eun Hee and In Woo... cute sangat dorang ni!
0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:
Post a Comment