::LabeLS::
- anIme (1)
- ConTeng2 (3)
- dRamA ChiNa (2)
- dRamA JepUn (5)
- dRamA KoReA (9)
- EnmA Ai (1)
- IkLan (2)
- JaNg KeuN Suk (3)
- JuN mAtsUmotO (2)
- MacAm2 (1)
- NovEL (26)
- PakWe SaYeR (5)
- tAbiTa (2)
Tuesday, December 27, 2011
:: MaaFKAn Aku SaYang :: by Mimie Afinie
satu cerita lama, cerita dia boleh tahan. Tapi disebabkan ceritanya agak meleret so rasa agak bosan. bila dah sampai ke bab pertengahan. bab pertengahan? apa-apa jelah kan... ada sape kisah? orang yang baca pun tak ada. hakhakhak. oke sambung... bila dah sampai tengah tengah tu plot cerita baru mula berkembang. dimana kedua ibu bapa iskandar tidak mahu menerima sarah sebagai menantu sebab masih sayangkan bekas isteri iskandar, rozita yang digambarkan sebagai minah gediks yang curang, bole?
percintaan iskandar dan sarah juga tergugat dengan kehadiran jeffrey dimana ibu sarah juga telah menerima lamaran jeffrey, membuatkan iskandar dan sarah makin jauh terpisah. apabila bermulanya klimaks cerita barulah terasa keseronokkan untuk membaca.
cerita memang boleh tahan cuma permulaan cerita agak lembab dan membosankan. aku bagi 2 1/2 bintang dengan 63 peratus.
maaf ulasan tak memberansangkan sebab aku malas. hahaha! tapi gatal nak menghapdet kalau tak aku lupa cerita dia macam mana kena baca lagi dan lagi sedangkan banyak lagi timbunan buku yang mintak dibaca dan diberi ulasan.
-------------------------------------------------------------------
sinopsis~
Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai.
Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.
Ditempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Ditempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.
Namun, tidak semudah itu untuk memiliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.
Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!
"Takkan ku berhentu mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa..."
Kata-kata yang terngiang-ngiang ditelinganya, yang terus merobekkan hati.
"Maafkan aku sayang..." Bisik hatinya di angin lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 MaNusIa GoJes MeNgKomEn:
Post a Comment