::LabeLS::

Saturday, December 31, 2011

::CokE anD SunDAe:: by Ilya Abdullah


sinopsis:: 


Boleh ke Miss Coke yang gagah perkasa berjumpa dengan Mr. Right yang lebih kuat daripada pujaan hatinya, The Rock? Ada ke Mr.Rightnya tu? Bunyi macam pelik je...

Mr. Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... sampai kiamat la jawabnya.

Tetapi kalau Miss Coke dan Mr. Sundae bertembung...mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!


Sebabnya Mr. Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke adalah melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa! Yang Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yang Mr. Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yang tak perasan.
Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dengan sundae? hehehe... bacalah coke and sundae untuk mengetahui kesudahannya.

----------------------------------------------------------------


bagi aku...citer dia tak best. ramai senanya orang minat cerita ni dan rata2 memang kata citer ni best sesangat! tapi entahla, bagi aku tak. maybe sebab tak kena dengan jiwa aku yang lebih suka cerita cerita adventure. bagi aku cerita macam ni dah biasa sangat orang buat, jalan cerita yang terlalu biasa dan sudah boleh dijangka apa akan berlaku seterusnya samalah macam korang dah boleh jangka apa endingnya kan? agak membosankan kerana hero dan heroin asyik nak bergaduh aja, pantang jumpa.

so, aku bagi 2 bintang dengan 50 peratusan. peace stay cute! ^_^V

Tuesday, December 27, 2011

:: MaaFKAn Aku SaYang :: by Mimie Afinie



satu cerita lama, cerita dia boleh tahan. Tapi disebabkan ceritanya agak meleret so rasa agak bosan. bila dah sampai ke bab pertengahan. bab pertengahan? apa-apa jelah kan... ada sape kisah? orang yang baca pun tak ada. hakhakhak. oke sambung... bila dah sampai tengah tengah tu plot cerita baru mula berkembang. dimana kedua ibu bapa iskandar tidak mahu menerima sarah sebagai menantu sebab masih sayangkan bekas isteri iskandar, rozita yang digambarkan sebagai minah gediks yang curang, bole? 


percintaan iskandar dan sarah juga tergugat dengan kehadiran jeffrey dimana ibu sarah juga telah menerima lamaran jeffrey, membuatkan iskandar dan sarah makin jauh terpisah. apabila bermulanya klimaks cerita barulah terasa keseronokkan untuk membaca. 


cerita memang boleh tahan cuma permulaan cerita agak lembab dan membosankan. aku bagi 2 1/2 bintang dengan 63 peratus.
maaf ulasan tak memberansangkan sebab aku malas. hahaha! tapi gatal nak menghapdet kalau tak aku lupa cerita dia macam mana kena baca lagi dan lagi sedangkan banyak lagi timbunan buku yang mintak dibaca dan diberi ulasan. 


-------------------------------------------------------------------
sinopsis~ 


Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai.
Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.


Ditempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Ditempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah. 
Namun, tidak semudah itu untuk memiliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.


Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!


"Takkan ku berhentu mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa..."
Kata-kata yang terngiang-ngiang ditelinganya, yang terus merobekkan hati.


"Maafkan aku sayang..." Bisik hatinya di angin lalu




::MeReKA yANg MenGikuTi::