::LabeLS::

Wednesday, August 25, 2010

:: aD+iZ:: by Eury Athena

AD = Adrianna Mayesa
IZ = Tengku Farriel Izumi 


AD + IZ akhirnya menjadi satu novel gabungan dua nama panggilan yang dipadankan... sebelum baca tuh aku egat ni gabungan DNA kromosom terbaru ke hapa GenX dan GenY rupanya gabungan dua nama panggilan... buleh cenggitu? aku dah habiskan sesi pembacaan dengan jayanya semalam... alhamdulillah akhirnya setelah aku bertungkus lumus tok menghabiskannya.


bagi aku AD + IZ...bolehlah tahan hasil penulisannya bagi seorang penulis baru sbb pada pandangan aku penulis ni banyak terpengaruh kepada penulisan Hlovate...cara dia mengolah ayat kadang2 sejibik lah. Keseluruhannya bolehla tahan... cerita biasa iaitu mengenai perkahwinan kontrak dan akhirnya jatuh cinta then disebabkan darjat terpisah...pastu happy ending... itulah sebab aku kata boleh tahan sbb aku kata cerita dh biasa... pape pon tahniahla kepada penulis sbb berjaya menyiapkan dan publishkan novel dia ni, aku tahu bukan senang nak tulis novel...sangat2 susah nak buat semua orang berpuas hati... so keep up the good work!!


aku bagi markah 70 % bersamaan 2 1/2 bintang untuk novel ni.... cayalah!




---------------------------------------------------------------------------------------------




sinopsis::  Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.





Wednesday, August 11, 2010

:: 5 TahUn 5 BulAn:: by Hlovate

Bagi aku novel ni bolehlah dikategorikan dalam bes jugak... cerita dia memang klaka... tapi sayang klaka tu sentiasa diulang-ulang sampai akhirnya dah bosan dengan lawak yang sama... tp citer dia masih lagi best! aku suka penceritaan dia yang membuatkan aku rasa geram gilos kat Johanna dan Afiq tu sebab suka sungguh main tarik-tarik tali, masing-masing tak nak ngaku diri dah dilamun cinta. Hurmm kalau dah suka gitau aja, nanti disambar orang lain apa cerita?? Dan aku rasa citer ni sebernarnya dicampur adukkan dengan pengalaman penulis yang belajar di luar negara... sebab penceritaan dia memang lengkap dan dia tahu segala-galanya... meluas betul pengetahuan dia...tahniah!! apapun aku suka pencintaan Johanna dan Afiq dan aku paling suka attitude Yaya! Bes giler lau ada kawan cenggitu.... 


Aku bagi 84% dengan 3 bintang bersamaan ranking bes...thumbs up!! hik3... aku nak try baca novel2 yang lain pulak dari penulis ni.




---------------------------------------------------------------------------------


sinopsis::  Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu... 
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey. 
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya.... 

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal. 

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana. 

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along? 
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too. 
Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani












Thursday, August 05, 2010

::biARLah YM berBIcaRa:: by Hanni Ramsul

First baca cerita ni pd bab awal nya aku dah rasa bes sangat! kelakar dan aku suka watak hero yang digarap, Encik Firdaus. Fuhh! Memang romantik habis la... kalaulah dalam alam nyata ni semua orang seromantik dan sebaik itu, aman giler bumi malaysia ni aku rasa... xdew gaduh2 pakwe makwe, cerai berai suami isteri... namun aku tahu ada jea manusia macam En. Firdaus tu cuma kurang, mungkin 1 orang dari 10 orang rakyat mesia ni.

Dari awal aku memang sudah teruja untuk membaca, tak seperti hasil tulisan penulis-penulis lain dimana pada permulaan cerita agak memboringkan, bila dah sampai tengah2 tu baru bes tapi Hanni Ramsul berjaya membuat kelainan tuk pastikan aku terus melekat dan teruja tuk baca citer dia. Aku suka pada setiap detik yang digarap dalam novel ini. Terlalu suka! Cuma sayang, watak heroin Adiya Fatiha (aku sgt suka bila dia gunakan nama Tiya ^_^) terlalu lalulah egonya dan macam pentingkan diri sendiri pulak, dia suka buat suatu konklusi dengan melulu tapi overall citer dia mmg bes, tak de benda lain dah yang dapat aku bagitahu hahahaha....tak terluah dek kata-kata.

Satu lagi, sayangnya citer ni aku dah dapat mengagak dari awal pembacaan tentang siapakah Charming, kerana dari bab awal aku sudah dapat menjangka manusia yang bernama Charming itu dan memang benar. Watak Kamal aku memang menyampah giler! walau dia baik tapi dia menganggu gugat cinta org...

Aku boleh bg 87% bersama 3 1/2 bintang untuk cerita yang bes dan klaka ni.
I LOVE IT! cayalah~~


------------------------------------------------------------------------------------------------

sinopsis::
Abang Kamal…

Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…


Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…


Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

 
 
 

::MeReKA yANg MenGikuTi::