::LabeLS::

Tuesday, June 24, 2014

:: FooD Of LoVe _ 1996 ::

Okeh!
bagi permulaan untuk review drama-drama korea dan jepun also cina kalau ada....
aku nak start dengan first drama yang aku pernah tengok.....
first drama yang aku layan dulu adalah dari Hong Kong....

korang mesti pernah tengok drama-drama HK yang setiap jam 6-7 petang and 7-8malam tu kan?
something like THE GOOD OLD DAYS (aku tak layan), pehtu ada cita yang fei mau (Kucing Gemuk-pon aku tak layan) and so on so on la.... banyak tapi aku tak minat...
cuma ada satu drama HK yang aku minat sangat sangat sampaila sekarang.
kebetulan aku minat betul dengan heroin dia.


FOOD OF LOVE!
pernah dengar? rasa nya ramai tak sedar cerita ni sebab memang tak berapa famous pon.

aku minat sangat sebab dahla minat heroin lepas tu minat pulak cerita masak masak macam ni. ada pertandingan pehtu ada orang nak sabotaj kedai dorang la.... memang besh!

kisah dia kalau tak salah aku (ingat ingat lupa, sebab masa ni aku baru je darjah 5 dik non! tahun 1996.... mak aiii berkurun nokss!

kisah dia, tukang masak ni nama dia Yau Chi Dak nicknamed AH TUCK/OK TUCK (pelakon:: Wong Hei), dia ni kerja tukang masak kat sebuah restoran ni yang mana kawan baik dia Siu Lam yang sarankan dia bekerja and dia memang suka sangat sebut perkataan "ok" tu yang orang panggil dia OK TUCK
pehtu dia ni pulak ada kawan baik yang tomboy, nama dia Siu Lam (pelakon:: Fenny Yuen Kit Ying)
tapi kalau tak salah aku, manager restoran tu bankrup ke berhijrah ke apa aku lupa, sampai si Ah Tuck ni terpaksala cari kerja lain dan dapat kerja kat kedai makan biasa, tugasan dia sediakan abalone....

oh ya dia ni ada makwe... tapi aku lupa nama makwe dia dalam cerita tu sebab aku adalah meluat plus tak suka plus menyampah plus plus plus dengan makwe dia ni... cuma tau nama sebenar dia KENIX KWOK.
dia ni dah lama la kapel dgn makwe dia, and satu hari tu dia propose makwe dia, tapi disebabkan makwe dia ni lebih sygkan kerja dia dari Ah Tuck, dia tolak lamaran tu and putuskan hubungan.
Ah Tuck ni sedihla, then Siu Lam la tempat dia mengadu semuanya, tanpa dia sedar sebenarnya Siu Lam ni dah lama ada hati dengan dia tapi Siu Lam tak mau bagitahu sebab dia takut Ah Tuck tak nak terima lagipun Ah Tuck kan dah ada makwe. Sejak dari tu, dia asik la dengan Siu Lam ni je, suka duka sedih ceria susah payah semua dia kongsi dengan Siu Lam


Pehtu banyak la plot2 dalam tu, bila si kenix gedik tu nak balik dengan ah tuck ni, then siu lam kecewa sampai kapel dengan orang lain sebab apa aku lupa, tapi si kapel dia ni tak salah aku ada udang disebalik batu la. dia bukan orang baik2.... 
memang besh la bila dah sampai plot si kenix balik ni sebab aku kesian gila kat siu lam, meluat gila dengan si kenix, menjadi sangat la lakonan dia dalam ni. even sebenarnya watak dia bukan untuk dibenci tapi aku benci kot... so menjadi ke tak menjadi macam tu? hahaha

tapi aku suka sebab ending dia besh!! dia kapel jugak berdua; Siu Lam dengan Ah Tuck... walau macam2 rintangan la dorang kena hadapi sama ada dalam hidup masing masing juga dalam karier juga dalam cinta dorang.

besh woiii cita ni malatopsss!!!
tapi sayangla, cerita ni dah takde, aku try la jugak cari VCD dia, memang tak ada dah... sobsobsob.....

korang pernah tengok cita ni? 





pelakon:



FENNY YUEN KIT YING _ SIU LAM
my feveret Hong Kong Actress, tapi dia ada jugak berlakon cita taiwan


And WONG HEI _ AH TUCK 

dia tak hensem tapi lakonan dia terbaik!!

Wednesday, June 18, 2014

::HaLLuuuuu!!!::

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Hamba Nya...

lama kan menyepi....
sebab aku rasa lebih baik menghapdet di blog yang lagi satu...
kat sini ramai pulak yang sentap...
tak sangka blog picisan aku pon ada orang nak baca lantas sentap bertubi-tubi...

aku pon tak paham kenapa...
bagi aku setiap manusia itu dalam 5 orang pasti ada pendapat seorang yang berbeza
itu pendapat aku pada novel novel yang aku beli baca dan simpan, aku menulis menurut pandangan aku sebagai seorang manusia yang berlainan....
tapi aku tak paham kenapa nak marah marah, kenapa nak sentap bila aku dan kau tak sehaluan
dah kalau kau minat novel tu... minat jela... kongsikan jelah ko minat
yang kau sentap sangat kata aku itu ini tu kenapa ye?
maaf... anda tiada hak untuk paksa aku suka novel yang kau suka, ternyata minat kita berlainan... jadi tak perlu nak komen macam macam....

kalau kau rasa novel tu kau minat, sila buat blog sendiri dan tulis panjang berjela disitu...
nop! aku tak marah kau komen kongsi apa yang kau rasa....
boleh komen tapi tak perlu la dengan ayat sinis macam aku perlu sangat ikut kau....
siapa kau?
well macam novel hlovate tu aku rasa aku dah tulis yang aku suka and tabik spring sebab hlovate gunakan jalan penceritaan yang berunsur keagamaan...... tidak berkisah cinta semata-mata....
tapi aku tak tau sama ada mata kau yang rabun atau kau tak baca apa yang aku tulis lantas suka suki bash aku begitu.....
mohon kepada ANON itu.... baca betul2 sebelum bash orang, nanti malu sendiri.....
kesian pulak kau nanti...

klah, bukan nak cari gaduh cuma cuba menegakkan benang yang basah bagi mereka yang tak tahu nak membaca....

now aku tak de selera nak buat review novel... patah hati? nop... pedulik apa aku korang nak kata apa... duhet ahkak kenssss yg beli... gituuu...

sekarang nak review drama-drama korea and japan... !! sebab kegilaan mentengok semua cerita cerita ni.... ini kalu ada yang sentap jugak tak tahulah ahkak... 

nak sentap sentap sangat tok sah baca ye... pegi buat blog sendiri puji melambung2 kesukaan korang. takde masalah.
peace. no war. stay cute!

::MeReKA yANg MenGikuTi::